Friday, March 14, 2014

pesawat mas mh370

kata hikmah saidina usman b affan

1. aku harian melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati.tetapi masih lagi ketawa
2.aku harian melihat orang sudah tahu bahawa dunia kan binasa,tetapi masih mencintainya.
3.aku hairan bahawa semua perkara terjadi menurut takdir,tetapi masih bersedih ketika kehilangan sesuatu.
4.aku hairan bahawa akhrat ada perhitungan,tetapi masih sibuk mengumpul harta
5.aku hairan melihat orang yang sudah mengenal neraka,tetapi masih melakukan dosa.
6.aku hairan meoihat orang sudah mengenal Allah dengan yakin,tetapi masih mengingat selainnya.
7.aku harirn melihat orang yang sudah mengenal syaitan  sebagai musuh,tetapi masih mahu mematuhinya.

UJIAN ORANG BERIMAN

orang beriman akan ada 5 kesukaran: 1. orang seagama yang membenci 2. munafik yang membenci 3.orang kafir yang ingin menghapuskan 4.syaitan yang ingin menyesatkan 5.nafsu yang ingin menguasai.

Wednesday, November 6, 2013

KENAPA HATI MENJADI KERAS

"Daripada Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Janganlah memperbanyak percakapan selain untuk berzikir kepada Allah swt,maka sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah swt itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah swt ialah mereka yang berhati keras." (H.R Tirmizi) Ketandusan jiwa pada hari ini adalah suatu penyakit yang sangat ketara sekali ditengah-tengah masyarakat. Banyak orang susah hati, gelisah dan merasakan ketenangan fikiran dalam kehidupan walaupun ia telah memiliki segala kemudahan yang dihasilkan oleh teknologi moden pada hari ini, bahkan jutaan wang telah dimilikinya, namun kepuasan hidup masih belum lagi dapat dirasainya. Ini semuanya berpunca dari hati yang keras, jiwa yang tandus dan mata yang tidak pernah menangis kerana takut kepada Allah swt. Kemudian kekerasan hati ini pula adalah berpunca daripada banyak bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak ada hubungkait dengan mengingati Allah swt. Oleh itu orang beriman hendaklah ia selalu menggunakan lidahnya untuk berzikir kepada Allah swt. ataupun bercakap perkara-perkara yang berkaitan dengan agama yang dapat memberi faedah dalam meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt. atau paling kurang bercakap perkara keduniaan yang dijadikan wasilah ataupun alat yang dapat membantunya untuk menambah apa jua jenis ketaatan yang akan dicatitkan dalam suratan amal kebajikan pada hari kiamat nanti atau kalau tidak mampu juga berbuat demikian hendaklah dia berdiam sahaja jangan banyak bercakap. Kenyataan yang selalu ternampak dihadapan mata kita ialah wujudnya orang--orang yang banyak membuang masa bercakap-cakap perkara yang tidak berfaedah, bahkan ada yang berani bercakap perkara-perkara yang bercanggah dengan hukum-hukum syara' dan berani bercakap sambil merendah-rendahkan ajaran agama yang boleh menyebabkan kefasiqan dan terkadang boleh menyebabkan kekufuran. Hati yang keras adalah hati yang tidak mudah menerima nasihat daripada orang lain. Kalau ditegur ia selalu melenting dan menunjukkan rasa besar diri, pantang ditegur dan tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh orang lain. Hati yang keras sentiasa mendorong untuk membuat maksiat dan kejahatan dan merasa mendorong untuk membuat maksiat dan kejahatan dam merasa berat untuk berzikir atau membaca Al-quran dan sangat malas untuk melaksanakan segala jenis ibadat yang diwajibkan Allah swt. Kalau masuk waktu sembahyang ia merasa terbeban dengan ibadat sembahyang itu bukan merasa bertuah kerana berpeluang untuk sekali lagi berhadapan dengan Allah swt. dan kalau sudah sembahyang, maka badannya sahaja yang sembahyang, sedangkan hatinya pergi merayau ke sana dan ke mari. Tetapi kalau mahu melihat suatu pertunjukan yang melalaikan daripada mengingati Allah swt. hatinya selalu terpanggil ke sana. Dia sanggup bersusah payah untuk sampai ke sana dan merasa ringan walaupun ia terpaksa untuk mengorbankan apa jua yang diperlukan asal sahaja maksud di hati dapat tercapai.

Thursday, January 17, 2013

KELEBIHAN MA’THURAT PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT 1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut... 2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani... 3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW)... 4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin... Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, isitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang2 mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuatu yang lebih bererti dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah... Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini bererti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk. Oleh sebab itu Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baiknya setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam. Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah.. Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari. Kelebihan membaca Al Mathurat: 1. Tidak dihampiri syaitan 2. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini. 3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat. 4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga. 5. Selamat dari segala sesuatu. 6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya. 7. Allah berhak untuk meredhainya 8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya. 9. Terhindar daripada syirik. 10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun. 11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang. 12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat. 13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi. 14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
sesungguhnya cabaran dan mehnah amtlah banyak serta bersimpang siur dalam usaha kita menegakkan kembali kegemilangan islam dalam zaman yang penuh dengan fahsya dan mungkar serta ledakan tamadun kebendaan yang mengusai kehidupan manusia seluruhnya. kita mungkin akan menemui manusia yang tidak suka dengan seruan kita atau kita mungkin akan merasa gundah gulana,bahkan kemungkinan satu ketika,kita mungkin akan merasakan begitu kecewa sehingga terdetik dikotak fikiran akan lari dari perjuangan yang kita sedang dokong ini,akibat tekanan yang saya sebutkan.

Tuesday, February 14, 2012

Penulis(pengarah program sambutan maulidurrasul peringkat daerah sik)bersama dengan Tuan Guru Haji Salleh Musa,Pengasas Pondok Ar-Rahmaniah Sik, selepas selesai Tuan Guru menyampaikan ceramah yang cukup terkesan di dalam hati penulis. semoga Allah swt memanjangkan usia Tuan Guru untuk terus berbakti kepada masyarakat di daerah sik khususnya.takbir....

Wednesday, February 8, 2012

sambutan maulurrasul 1433H peringkat daerah sik

assalaumualaikum sudah banyak bulan saya tak update blog saya.program yang padat hingga tak sempat nak menjengah blog.apa pun yang pasti banyak pengalaman yang ingin dikingsi bersama dengan sahabat2 semua. alhamdulillah tanggal 12 rabi'ul awal 1433H bersamaan 5 Februari 2012, saya dengan saf kepimpinan dewan pemuda pas kawasan sik dengan kerjasama persatuan pelajar pondok tauhid(PPPT) telah menganjurkan satu program yang julung2 kalinya diadakan di daerah sik. Yang pastinya ia memberi impak yang cukup besar kepada semua pihak terutama dewan pemuda pas kawasan sik dalam keadaan banyak pihak yang dilihat berpecah belah dan mencari halatuju perjuangan. peryertaan hampir 2000 orang pada majlis sambutan maulidurrasul pada tahun ini, membuka mata banyak pihak dalam menilai kemampuan saff kepimpinan pemuda dalam merealisasikan agenda dakwah dan parti.perarakan yang bermula dari perkarangan mahkamah majestret sik ke padang awam sik.Tuan Guru Haji Salleh Musa iaitu pengasas pondok ar-rahmaniah pekan sik mengetuai perarakan.turut mengiringi Tuan Guru ialah ahli parlimen sik,tuan-tuan guru pondok daerah sik,ketua pemuda setiap cawangan dan orang ramai,turut memeriahkan perarakan ialah dengan pemnyertaan pelajar2 PASTI daearah sik. diantara aturcara majlis dimulakan daengan perarakan menuju ke padang awam sik,kemudian Tauan Guru mengambil slot ceramah sempena sambutan maulidrurasul 1433H dengan membawa tema " lau kaana rasulullah bainana".majlis berakhir pada pukul 1.00 petang.alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa kekuarangan yang tidak dapat dielakkan.diharapakan kelemahan pada tahun ini akan ddapat disempurnakan pada tahun hadapan.insyaallah. akhir kalam,terima kasih kepada semua pihak menjayakan program samada secara langsung @ tidak langsung.semoga segala gerakkerja yang kita lakukan menjadi satu ibadah dan diterima disisi Allah dan mengharapkan syafaat daripada Rasulullah saw dipadang masyar kelak.amin yarabbal a lamin.

Sunday, October 16, 2011

Program Pemantapan Aqidah Jelebu Negeri 9

40 kesilapan ibubapa

40 KESILAPAN IBU BAPA 1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai nilai-nilai agama 2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat (tidak menjaga adab semasa jimak). 3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak 4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak 5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak 6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan 7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan 8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak 9. Kurang melahirkan kasih sayang 10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak 11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah 12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan 13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak 14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak 15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak 16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca 17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal 18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak 19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak 20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak 21. Tidak menggunakan bahasa yang betul 22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak 23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak 24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat 25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak 26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak 27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak 28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak 29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak 30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak 31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak 32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak 33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak 34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan 35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak 36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan 37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak 38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak 39. Tidak tegas mendidik anak-anak 40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Tuesday, September 6, 2011

Mari kita melihat sejarah, dengan mata hati…

Mari kita melihat sejarah, dengan mata hati…

Kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid:
“Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati…”

Allah s.w.t. berfirman:
وَكُلا نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ وَجَاءَكَ فِي هَذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ

“Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu Dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang Yang beriman.”
Surah Hud 11: 120


Objektif

“Memahami tanggung jawab kita yang paling utama mengikut waqi’.”

Kita akan menyoroti sejarah sebuah ummah yang pernah menguasai dunia. Melalui penilaian sejarah dan pemahaman sunnah Allah dalam mengatur perjalanan sebuah ummah, kita akan dapat membongkar rahsia kegemilangan ummah tersebut. Juga, kita akan meneliti titik-titik kelemahan yang melemahkan kekuatan sebuah tamadun.


Setiap mereka yang mahu menyampaikan ISK perlulah berusaha mendalami sejarah Islam bermula dengan Sirah Nabawiyyah dan seterusnya sejarah kerajaan-kerajaan yang berikutnya. Pemahaman terhadap sejarah adalah lebih penting daripada mengetahui senarai tarikh peristiwa-peristiwa bersejarah. Oleh itu, setiap penyampai perlulah memahami isi pokok setiap peristiwa dan signifikasi sesuatu perkara dalam perjalanan sejarah.

Muqaddimah I

1. Hadith I: Manusia seperti logam

عن أبي هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم:
(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا )). صحيح البخاري
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya.
Bahagian terakhir hadith ini, ”إذا فقهوا” mempunyai dua sebutan:
1. إذا فقِهوا : memahami ilmu Fiqh. (Contoh: Imam As-Syafie).
2. إذا فقُهوا : memahami Islam. (Contoh: Sumayyah).

Ramai yang mungkin mengetahui hukum Fiqh tetapi bukan memahami Islam itu sendiri. Sedangkan memahami Islam itu sendiri lebih penting sebelum mengetahui perkara-perkara lain termasuklah Ilmu Fiqh. Mari kita melihat kembali apa yang berlaku semasa tahun 60an, ramai pelajar-pelajar jurusan agama di Universiti Al-Azhar (ustazah-ustazah) yang banyak mengetahui soal hukum-hakam tetapi masih tidak memakai tudung menutup aurat. Mereka mengetahui hukum Fiqh tetapi masih tidak memahami Islam. Berbeza pula pada tahun 80an, ramai pelajar-pelajar lepasan UK yang pulang ke tanah air dengan keadaan bertudung menutup aurat (sebelumnya tidak). Mereka ini memahami Islam tetapi tidak menguasai ilmu Fiqh. Mereka yang memahami Islam akan mengamalkannya, sebaliknya yang tidak memahami akan meninggalkannya walaupun telah datang hujah dan pengetahuan. Jadilah seperti Sumayyah…

Kita memahami hukum Fiqh melalui kuliyah-kuliyah ‘Fardhu ‘Ain’. Tetapi bagaimana kita mahu memahami Islam itu sendiri? Didiklah jiwa kita melalui proses usrah dan tarbiyyah.


2. Hadih II: Kebaikan bagi mereka yang faham

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
(( من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين )). صحيح البخاري ومسلم
“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Kefahaman yang membawa kebaikan kepada seseorang ialah kefahaman mengenai Ad-Din.

فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإسْلامِ...
“Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam…” (Surah Al-An’am 6: 125)

3. Al-Quran I: Memahami dengan hati (Surah Al-A’raf 7: 179)

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”

Hati yang menentukan kefahaman seseorang bukannya ‘otak’ manusia. Sebagai contoh, mereka yang membaca novel akan menghayati kandungan buku itu dengan menggunakan hati. Sebaliknya, sekiranya kita membaca buku-buku akademik (Medic atau Physics), kita akan menggunakan akal untuk memahami. Apa yang difahami oleh hati akan pasti mempengaruhi kehidupan seseorang tetapi kefahaman daripada akal belum tentu akan mengubah kehidupan seseorang. Filem-filem romantik pasti menyentuh jiwa, menyebabkan manusia sedih dan gembira. Filem-filem dokumentari belum pasti dapat menembusi jiwa manusia.

4. Hadith III: Hati menentukan perilaku manusia

رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم يَقوْلُ:
((...أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ )). رواه البخاري ومسلم.
“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.”(Hadith ke-6, Hadith 40 An-Nawawi)


5. Tujuan hidup manusia: Ibadah dan Khalifah

Al-Quran II: Ibadah kepada Allah (Surah Az-Zariyat 51: 56-58)

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ (٥٦)مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ (٥٧)إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ (٥٨)
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya.”

Manusia mungkin keliru mengenai tugas utama mereka iaitu menjadi hamba Allah dan menuruti segala perintahNya. Mereka mungkin mengejar perkara yang sudah lama ditetapkan oleh Allah, antaranya persoalan rezeki dan kebahagiaan dunia.

((...ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إلهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنَ بَيْنـَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري ومسلم
.
“…kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.” (Hadith ke-4, Hadith 40 An-Nawawi)


Al-Quran III: Khalifah Allah (Surah Al-Baqarah 2: 30)

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً...
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"…”

Tugas Khalifah mungkin disalah ertikan sebagai satu tanggung jawab politik atau sekadar memakmurkan bumi Allah. Sedangkan Islam menyarankan supaya semua manusia agar tunduk kepada Allah dan memenuhi tujuan penciptaan mereka. Oleh itu, tugas khalifah adalah memastikan manusia terus berada dalam landasan Ibadah kepada Allah.


Robot Makan Elektrik
Assalamualaikum wth wbt..

Afwan kerana lama tidak mengupdate blog. Terima kasih kepada incik anonymous kerana menyuruh saya update, kalo tak, sure tak update punya aaah.. eheh.

Kali ni saya nak citer pasal satu citer yg kawan saya citer kt saya pasal robot.


Pada satu ketika di zaman robot sudah banyak di dunia, terdapat seorang engineer robot yg ingin mencipta satu robot yg paling power skali di dunia. Dia membayangkan akan membuat satu robot yg boleh menandingi kehebatan robot Asimo yg bercap HONDA yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik nashit jiwang.

Maka dibuatlah robot itu seteliti mungkin, daripada sekecil-kecil sel hinggalah sebesar-besar organ-organ robot itu dibuat sangatlah teliti. setelah usai bahagian pembuatan robot itu, kini tibalah masa untuk robot itu diprogramkan. inilah antara programming yg dibuat ke dalam cpu robot itu.

Nama: MAN-u-SIA LayCar
Keje: 1. cucuk plag 3 pin 13 ampere di suis2 utk Makan Letrik.
2. if 1. is accomplished : pusing-pusing bazirkan letrik utk cari suis utk cucuk plag
3. ulang 1 dan 2 sampai mampos.

maka MAN-u-SIA LayCar itu pun menjalankan kerja yg diprogramkan dalam otaknya itu.

cucuk, jalan, cucuk, jalan, cucuk, jalan. Cucuk utk charge bateri dan jalan utk cari tempat lain utk charge balik.Begitulah kehidupan robot itu utk 64 tahun, 8 bulan, 16 hari, 13 jam, 35 minit, 43 saat.

Pada saat yang berikutnya, wayar-wayar dalam badan robot MAN-u-Sia LayCar pun rosak akibat penggunaan yang beterusan tanpa menservisnya selalu. Maka tamatlah riwayat MAN-u-Sia LayCar tanpa menyumbang apa pun untuk kemaslahatan sejagat. Dia juga gagal untuk mengalahkan Asimo yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik nashid jiwang.

apakah ibrah (pengajaran) dari citer ni?

“ Maka adakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya Kami menciptakam kamu main-main(tanpa tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami (Almukminun:115)“

Jadi, adakah kita mahu menjadi seperti robot di atas, yg hidupnya hanya bermatlamat "Mengenyangkan perut agar boleh dapat tenaga, dari tenaga boleh pegi kerja, dah kerja dapat gaji, dapat gaji beli beras kenyangkan perut agar dapat tenaga utk pergi kerja."

Jika hidup ini satu kitaran, maka keluarlah anda dari kitaran bodoh ini, agar tidak menjadi orang yang rugi di hadapan Sang Pencipta kerana sudah pastilah tujuan kita diciptakan bukanlah untuk mengenyangkan perut, dan degn perut yg kenyang utk mencari kerja, kerja sampai perut lapar, dan dapat duit kerja tadi kenyangkan balik perut.

Adakah tugas wakil di muka bumi (2:30) hanya sekadar berkisarkan aktiviti-aktiviti di dalam perut? Fikir-fikirkan lah..

wallahua'lam




Muqaddimah II

Pengertian Kefahaman: Antara akal dan hati

Kefahaman terhadap Islam boleh dilihat dengan dua persepsi iaitu:
1. (فقيه) Faqih dalam Ilmu Fiqh
2. (فقيه) Faqih dalam Ilmu Islam (Ma’rifah Ad-Din)

Seseorang boleh memahami Islam melalui salah satu persepsi tersebut.

Perbandingan kefahaman sahabat mengenai Islam dan kefahaman kita masa kini.

Pendekatan memahami Islam yang diketengahkan oleh Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardawi:
1. فقه المقاصد : Memahami maksud sesuatu perkara atau amal
2. فقه الأولويات ومراتب الأعمال : Memahami keutamaan dan tertib amal
3. فقه السنن: القوانين الكونية والاجتماعية : Memahami sunnah alam (sifat kejadian dan sifat sosial)
4. فقه الموازنة بين المصالح والمفاسد : Memahami pertimbangan antara kebaikan dan keburukan
5. فقه الاختلاف : Memahami kepelbagaian


Pengertian Sejarah: Sebuah Sunnatullah

Salah satu perkara yang perlu difahami oleh kita untuk memahami Islam adalah memahami Sunnatullah. Ini merangkumi dua aspek:
1. Sains Tulen (Sunnah Kauniyah)
2. Sains Sosial (Sunnah Ijtima’iyyah)



Kedua-dua bidang ilmu ini menceritakan sunnah-sunnah yang bersifat pasti dan tidak berubah. Sunnah Allah adalah ketentuan dan peraturan yang digariskan oleh Allah s.w.t. sebagai panduan bagi manusia dalam menjalani kehidupan.

سُنَّةَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلا
"Sunnatullah (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.” (Surah Al-Fath 48: 23)

سُنَّةَ مَنْ قَدْ أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنْ رُسُلِنَا وَلا تَجِدُ لِسُنَّتِنَا تَحْوِيلا
“(Demikianlah) peraturan (Kami yang tetap mengenai) orang-orang yang telah Kami utuskan sebelummu dari rasul-rasul Kami; dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu.” (Surah Al-Isra’ 17: 77)

Rujukan tambahan: (Surah Al-Ahzab 33: 38, 62), (Surah Fathir 35: 43), (Surah Al-Ghafir 40: 85)

Sejarah termasuk dalam bidang ilmu Sains Sosial. Ia membicarakan perjalanan kehidupan manusia, bagaimana mereka berinteraksi dan bermasyarakat. Allah s.w.t. menetap sunnah-sunnahNya ini sebagai pengajaran kepada manusia.

قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُمْ سُنَنٌ فَسِيرُوا فِي الأرْضِ فَانْظُروا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah Yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah Bagaimana akibat orang-orang Yang mendustakan (Rasul-rasul).” (Surah Ali ‘Imran 3: 137)

Penguasaan manusia terletak kepada mereka yang menguasai bidang Sains Sosial. Mereka yang hanya mengetahui Sains Tulen akan dipergunakan oleh golongan Sains Sosial.

Tujuan Penurunan Al-Quran: Menyelesaikan permasalahan hati atau jasad?
(Hati = Sains Sosial, Jasad = Sains Tulen)

Al-Quran memberi faham kepada hati (Surah Al-A’raf 7: 179)
Al-Quran meletakkan tujuan hidup (Surah Az-Zariyat 51: 56-58, Surah Al-Baqarah 2: 30), hala tuju (Surah Al-Baqarah 2: 112) dan jalan hidup (Surah Yusuf 12: 108)
Jasad digunakan untuk mencapai tuntutan hati. (Hadith ke-6, Hadith 40 Imam An-Nawawi)


Pengertian Kita: Mengenali Diri

Siapakah diri kita? Melayu, Malaysia, Pelajar….
Melayu – Sejarah bermula daripada Parameswara
Malaysia – Kesultanan Melayu Melaka (1420an), Kemerdekaan (1957), Malaysia (1963)
Pelajar- Pelajar buat masa sekarang, seterusnya bekerja, pencen dan akhirnya mati

Kita adalah Muslim. Meletakkan diri kita yang terpenting untuk mewakili diri kita.

Pelajar yang Muslim atau Muslim yang belajar

Muslim – Sejarah bermula daripada Nabi Adam a.s., seterusnya nabi-nabi yang terdahulu dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w.


(1) Ramai nabi-nabi yang diutuskan kepada Bani Israel dan mereka sebelum ini dianggap kaum terpilih oleh Allah s.w.t. Mereka diberikan pelbagai pertolongan dan nikmat (kisah Firaun dan Nabi Musa a.s., pemberian makanan dari langit, diperlihatkan mukjizat). Namun demikian, mereka telah mengabaikan tanggung jawab mereka dalam soal ibadah dan juga khalifah. Mereka telah melakukan penyelewengan dalam aqidah dan juga ibadah. Selain itu, mereka mengabaikan tugas sebagai khalifah untuk mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah dan mula menyembunyikan kebenaran, bahkan mengubah mengotori kebenaran dengan syirik dan hawa. Ini mengundang kemurkaan Allah. Akhirnya Allah s.w.t. mengalih pemilihan nabi di kalangan keturunan Nabi Ismail a.s. iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

(2) Jarak masa antara Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w. sangat panjang dan jauh. Generasi demi generasi silih berganti tetapi ajaran Nabi Ibrahim a.s. masih banyak dikekalkan walaupun terdapat penyelewengan dalam beberapa amalan (amalan Haji, bulan-bulan Haram, kepercayaan kepada Allah sebagai pencipta).


Perbincangan I

دعوة

Penyediaan Muhammad sebagai Nabi

1. Di Perkampungan Bani Sa’adah
Baginda dibesarkan selama 4 tahun oleh keluarga susuannya. Oleh itu, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik sekalipun masih kecil usianya.

2. Peristiwa Penyucian Hati
Baginda mengalami penyucian hati oleh Malaikat Jibril ketika berusia 5 tahun. Malaikat Jibril keluarkan hati dan basuh dengan air zamzam (Hadith dari Anas). Peristiwa yg sama berlaku ketika Muhd s.a.w. berusia 51 thn (sebelum Isra` Mi’raj).

3. Mengembala Kambing dan Berniaga
Baginda mengembala kambing ketika bersama pakciknya, Abu Thalib. Sabda baginda:
“Semua nabi pernah mengembala kambing. Mereka bertanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Aku juga begitu.”
Baginda berniaga bersama pakciknya dan kemudian, Khadijah binti Khuwailid.

4. Tidak Berpoya-poya dan Tidak Terdedah kepada Amalan Syirik
Peristiwa baginda tertidur dalam 2 majlis keramaian (perkahwinan) dan baginda juga tidak terlibat
bersama kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain judi.

5. Gelaran Al-Amin dan As-Shadiq
Baginda s.a.w. dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah di kalangan kaumnya. Baginda terkenal dengan hubungan baik, menepati janji. Kematangan baginda terserlah semasa peristiwa perletakkan Hajaratul Aswad ketika berumur 35 tahun.


Era Jahiliyyah: Kegelapan

Sasaran: Menjelaskan permasalahan dan kemerosotan yang dialami oleh masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. Keadaan dan suasana yang dihadapi oleh Muhammad s.a.w. dalam usaha menyampaikan seruan Islam.

Era ini juga dikenali sebagai zaman gelap masyarakat Arab. Ini dapat dilihat dari 2 aspek iaitu, aspek material dan juga aspek moral.

Dalam membicarakan era jahiliyyah wajar kita menumpukan kepada soal moral masyarakat Arab ketika itu.

Ketuhanan: Mereka asalnya mengikut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. tetapi telah terpesong kepada penyembahan berhala dan nenek moyang. 400 tahun sebelum kedatangan Muhammad s.a.w., Amr bin Luhai membawa sebuah berhala Hubal dari Syam dan menjadi berhala yang pertama di Kota Makkah (diletakkan di atas Ka’abah). Setiap kaum mempunyai berhala mereka sendiri. Ada yang menjadikan berhala sebagai perantara dan masih menganggap Allah sebagai pencipta alam ini (Surah Luqman 31: 25).

Asobiyyah Jahiliyyah: Mereka sangat mengagung-agungkan kaum sendiri. Mudah menimbulkan perbalahan antara kaum atas sebab-sebab yang remeh. Juga suka merendah-rendahkan kaum lain. Keagungan kaum diperolehi dengan kehebatan dalam peperangan dan kekuatan persenjataan.

Selain itu, sangat berleluasa perlakuan zina , judi, pembunuhan anak perempuan dan juga penindasan terhadapan golongan miskin dan anak yatim.


Era Makkah: Dakwah bermula…

Sasaran: Menyatakan peranan dan tugas utama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w. sebagai Rasulullah, iaitu untuk berdakwah. Beberapa perkara lain yang perlu ditekankan adalah kesungguhan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat dalam berdakwah dan isu utama yang diselesaikan oleh para pendakwah pada era ini (persoalan aqidah tauhid).

Era ini berlansung selama 13 tahun (610 – 623M).


Penurunan Wahyu: Permulaan Misi Dakwah

Apabila Muhammad s.a.w. menghampiri umur 40 tahun. Baginda mula pergi ke Gua Hira’ di Bukit Nur. Kisah penurunan wahyu diterangkan dalam hadith diriwayat Aisyah r.a.:

…Jibril menemui baginda dan memerintah baginda membaca dengan katanya: Bacalah (اقْرَأ), jawab baginda: Daku tidak tahu membaca (مـا أنـا بقـارئ), dipeluknya baginda sehingga kepenatan dan diperintah sekali lagi dengan katanya: Bacalah, jawab baginda: Daku tidak tahu membaca, maka dipeluknya hingga baginda kepenatan, diseru lagi dengan katanya, bacalah! dan jawab baginda daku tidak tahu membaca, dipeluknya Baginda kali ketiga kemudian dilepaskan dengan katanya:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (١)خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (٢)اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ (٣)الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (٤)عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (٥)
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-'Alaq 96: 1-5)...”

Kemudian baginda s.a.w. pulang kepada Khadijah r.a. dan seterusnya bertemu Waraqah bin Naufal, mengesahkan kenabian baginda. Berlaku penangguhan wahyu selama 40 hari.


Wahyu kedua: Surah Al-Muddastsir: 1-7

يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ (١)قُمْ فَأَنْذِرْ (٢)وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (٣)وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ (٤)وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ (٥)
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.”


Dakwah Sirriyah: 3 tahun yang tersembunyi

Rasulullah s.a.w. kemudiannya memulakan seruan dakwahnya kepada mereka yang terdekat dan dipercayainya. Ini termasuk Khadijah, Zaid bin Haritsah, Ali bin Abi Thalib dan Abu Bakr r.a. (golongan pertama). Melalui Abu Bakr r.a. : ‘Uthman bin Affan, Zubair bin Al-‘Awwam, Abdul Rahman bin ‘Auf, Saad bin Abi Waqas dan Thalhah bin ‘Ubaidillah r.a.. Seterusnya, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Said bin Zaid dan Fatimah Al-Khattab, Bilal bin Rabah, Abdullah bin Jahsy dan Suhaib Ar-Rumi. Selama 3 tahun, seramai 40 orang (anggaran) yang memeluk Islam.

Rasulullah tidak berlengah dalam memulakan seruannya. (قُمْ فَأَنْذِرْ) sudah cukup untuk menyedarkan manusia yang selama ini tertidur. “Sudah berlalu masa tidurku”


Dakwah Jahriyyah: Seruan terbuka

Bermula dengan keluarga (Surah As-Syu’ara’ 26: 214),

وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الأقْرَبِينَ
“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.”

Nabi menyeru kepada kaum keluarganya (2 majlis kenduri). Pertama: Rasulullah s.a.w berdiam diri dan langsung tidak berkata apa-apa pun kerana Abu Lahab membuat kecoh. Kedua: Abu Talib menyatakan kebersediaan dia untuk menyokong Nabi s.a.w.

Kemudian, seruan kepada masyarakat umum (Surah Al-Hijr 15: 94),

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ
“Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.”

Nabi menyeru kepada penduduk Makkah di Bukit Safa. Rasulullah berkata: Bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu, apakah kamu boleh percaya cakap ku itu? Jawab mereka: Ya kami percaya, sebab selama ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu. Maka sambung Rasulullah dengan kata-katanya: Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu! Maka kata Abu Lahab: Binasalah kau diseluruh hari ini, apakah untuk ini maka kamu mengumpul kami semua, dengan itu turunlah ayat Allah yang bermaksud: (تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ) "Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab ".

Nabi Muhammad s.a.w. meneruskan usaha menyebarkan Islam selama 13 tahun kepada setiap manusia di Makkah dan sekelilingnya. Dakwah Islamiyyah tetap diteruskan walaupun mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi.
1. Penentangan oleh Kaum Quraisy dan juga Bani Tha’if.
2. Tuduhan [Tenung nasib, Gila (Surah Al-Hijr 15: 6), Penyair, Sihir (Surah Sad 38:4)]
3. Siksaan [Nabi, Mus’ab bin Umair, Bilal , Ammar dan Keluarga Yasir , Khabbab bin Al-‘Arts]
4. Boikot selama 3 tahun pada tahun 7 Nubuwwah [Bani Hasyim dan Bani Muthalib]
5. Diplomasi [Gilir-gilir sembahan (Surah Al-Kafirun), ‘Utbah bin Rabi’ah: Harta, Kehormatan, Raja atau bagi tabib]

Kisah Abu Dzar Al-Ghifari: Mahu mendalami Islam lalu pergi Makkah sendiri. Bertemu dengan Ali r.a. dan dibawa bertemu Muhammad s.a.w.. Dia mengisytiharkan keislamannya di tengah-tengah Masjidil Haram dan dibelasah (Al-Abbas tolong mempertahankannya).

Selama 13 tahun baginda s.a.w. melakukan dakwah di Makkah, hanya 300 orang yang menerima Islam (anggaran). Sedangkan, Nabi s.a.w. mempunyai masa yang cukup panjang untuk berdakwah dan penduduk Makkah hanyalah dalam lingkungan 10 000 orang sahaja (anggaran diambil dari Perang Uhud). Rasulullah ‘sepatutnya’ telah bertemu dan berdakwah kepada setiap orang di Makkah. Kenapa dakwah Nabi tidak diterima sedangkan baginda dikenali sebagai Al-Amin?

Pada permulaan ini, seruan Nabi s.a.w. menyeru manusia mentauhidkan Allah s.w.t. dan kembali beriman dengan kehidupan Akhirat. Secara keseluruhannya, seruan ini berkisar mengenai Aqidah. Tidak banyak syariat Islam yang ditetapkan pada era ini. Allah tidak membenarkan umat Islam pada ketika itu mengangkat senjata dan membalas penentangan (Surah An-Nisa’ 4: 77):

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوا أَيْدِيَكُمْ...
“Tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad), akan orang-orang Yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang Yang belum diizinkan)…".”

Kualiti manusia yang menerima Islam: مفكر، منتج، عامل، جريء (berani, bekerja, produktif, berfikir).


Penghijrahan ke Madinah: Anugerah daripada Allah

Allah telah memberikan anugerah kepada Rasulullah s.a.w. dengan pengislaman beberapa orang Madinah semasa kedatangan mereka ke Makkah untuk menunaikan haji. Bermula dengan 6 orang pertama pada tahun 11 Nubuwwah dan seterusnya:
Baiatul Aqabah I (tahun 12 Nubuwwah) : 12 orang dan penghantaran Mus’ab bin Umair
Baiatul Aqabah II (tahun 13 Nubuwwah) : 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan, dan perlantikan 12 orang naqib untuk mewakili kabilah masing-masing

Kini setiap pintu rumah di Madinah telah diketuk dan diseru kepada Islam. Islam diterima baik oleh penduduk Madinah.

Kemudian turun arahan Allah untuk berhijrah ke Madinah. Kaum muslimin terpaksa meninggalkan kampung halaman, harta dan ladang-ladang.


Perbincangan II
دولة

Era Madinah: Sebuah Negara

Sasaran: Menjelaskan kepentingan daulah dalam usaha dakwah Muhammad s.a.w.. Islam perlu diperlihatkan sebagai sebuah sistem hidup manusia. Apabila Islam berkuasa segala syariat Islam dapat dilaksanakan dan manusia dapat melihat keindahan Islam secara keseluruhan.

Era ini berlangsung selama 10 tahun (623 – 633M).


Kuasa di Tangan Islam

Rasulullah s.a.w. diangkat menjadi pemimpin di Madinah dan disepakati oleh seluruh penduduknya dalam Piagam Madinah.

Dengan adanya kuasa, pelbagai syariat telah diturunkan dan dilaksanakan dalam sistem negara. Manusia dapat melihat Islam daripada sudut aqidah, sosial, ekonomi dan perundangan. Dalam suasana ini, Allah s.w.t. telah mensyariatkan pelbagai hukum kepada ummat Islam:

(Makkah) 10/11 Nubuwwah – Solat
(Madinah) 2 Hijriyyah – Jihad, Azan, Puasa, Zakat
3 – Larangan Arak (i) , Riba, Perkahwinan
4 – Hijab, Arak (ii)
5 – Tayammum, Zina, Tuduhan
6 – Perincian hal munakahat
7 – Arak (iii), Riba’
8 – Jizyah, Haji

Beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang era Madinah:

1. Pembinaan Masjib Nabawi.
2. Persaudaraan Aus dan Khazraj.
3. Piagam Madinah (Ibnu Ishaq): Ini menyatakan tanggung jawab Muslimin, ahli Madinah dan juga Kaum Yahudi.
Seruan Jihad :
4. Penghantaran kumpulan-kumpulan Sariyah, seperti peristiwa Nakhlah (Abdullah bin Jahsy )
5. Perang Badar 2 Hijriyyah
a. Perang pertama umat Islam. Peperangan yang tidak dijangka. (Surah Al-Anfal)
b. Bani Qainuqa’ dihalau (keran mengungkit cerita Bu’ath yang menyebabkan pergaduhan orang Ansar)
6. Perang Uhud 3 H (Syawal)
a. Peristiwa Raji’ (10 sahabat), Bir Ma’unah (70 sahabat pilihan hafaz Al-Quran)
b. Bani Nadhir dihalau
7. Perang Khandaq 5 H (Zulqaedah)
a. Kemudian Rasulullah berkata: ”Sekarang kitalah yg akan menyerang mereka, dan mereka tidak akan menyerang kita. Kitalah yg akan mendatangi mereka.”
b. Perang Bani Quraizah
8. Perjanjian Hudaibiyah 6 H (Zulqaedah)
a. Nabi Muhammad s.a.w. bersama 1400 atau 1500 orang Muslim pergi untuk mengerjakan umrah.
b. Baiat Ridwan (Surah Al-Fath 48: 18)
Selepas Perjanjian Hudaibiyah (perdamaian 10 tahun)
9. Dakwah kepada Amir/Raja (diplomasi)
1- Najasyi (Habsyah) Ashamah b Al Abiar
2- Muqauqis (Mesir)
3- Kisra (Persia)
4- Kaisar (Rom)
5- Mundzir b Sawa (Bahrah)
6- Haudzah b Ali Al-Hanafy (Yamamah)
7- Al Harith (Damsyik)
8- Raja Uman
10. Perang Khaibar 7 H
a. Serangan terhadap kubu kuat Kaum Yahudi di Khaibar.
b. Bilangan tentera Muslim : 1400 orang
11. Perang Mut’ah 8 H
a. Tentera Islam menuju ke Syam dan sampai ke suatu tempat yang jaraknya 2 hari berjalan ke Baitulmaqdis. Ketua tentera: Zaid Haritsah → Ja’afar → Abdullah bin Rawahah
12. Fathul Mekah 8 H
a. Dirahsiakan daripada pengetahuan Makkah
b. Kisah Hathib b Abi Balta’ah (ahli Badar) yang cuba memberitahu keluarganya di Makkah tetapi dimaafkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
c. Abu Sufyan bersama isterinya Hindun memeluk Islam setelah pembukaan Makkah.
13. Perang Hunain 8 H
a. Pertama kalinya tentera Islam melebihi tentera musuh.
14. Perang Tabuk 9 H
a. Tentera Islam pergi menyerang tentera Rom di Tabuk. Mereka menawarkan perdamaian dan membayar Jizyah. (Surah At-Taubah)
15. Haji Wida’ 10 H
a. Disertai seramai 124000 atau 144000 orang.


Peningkatan yang Mendadak

Setelah 10 tahun di Madinah, seramai 124 000 orang (atau 144 000 orang) telah menerima Islam. Jumlah ini merangkumi seluruh Jazirah Arab dan dianggar berdasarkan Haji Wada’ pada tahun 10 Hijriyyah. Kenapa ini boleh berlaku?

Hakikatnya dakwah Islamiyyah akan dapat diterima oleh ramai manusia sekiranya kebenaran dan keadilan Islam dipersembahkan sebagai sebuah model masyarakat dan negara. Dakwah tidak memadai dengan hanya menyatakan teori-teori dengan kata-kata indah.



Era Khulafa’ Ar-Rashidin: Pengukuhan

Era bermula pada 633 hingga 661 Masihi.

Abu Bakar As-Siddiq r.a.
Perlantikan di Tsaqifah Bani Saadah (disertai oleh Umar dan Abu Ubaidah)
Pemerintahan beliau berlangsung selama 2 ½ tahun
Menyelesaikan masalah murtad dan keengganan untuk membayar zakat. Beliau mengutuskan 11 batalion askar untuk memerangi golongan-golongan ini.
Perang Yarmuk (diketuai Khalid Al-Walid): Tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Rom.

Umar Al-Khattab r.a.
Menggantikan Khalid dengan Abu Ubaidah Al-Jarrah sebagai Ketua Tentera.
Syam(Rom): Abu Ubaidah Al Jarrah. Khalid dibawah Abu Ubaidah menawan Palestin. Peristiwa penyerahan kunci kepada Umar Al-Khattab.
Iran (Parsi): Cubaan pertama – Abu Ubaid b Mas’ud gagal, Cubaan kedua – Saad Abi Waqas berjaya (Perang Qadisah 636 M).
Mesir: Amr Al As. Beliau juga menawan sebahagian Palestin.

Islam telah berkembang daripada Iran(Parsi), Iraq, Jazirah, Khurasan, Baluchistan, Syira, Palestin, Mesir ke Armenia.

’Uthman Al-Affan r.a.
Islam telah sampai ke Iskandariah dan berkembang lagi di Armenia.
Afrika: Telah berjaya sampai ke Tripoli. Kemudian cuba memasuki Gregory tetapi gagal.
Cyprus dan Rhodes: Misi pembukaan menggunakan jalan laut pada 28 atau 29 H. Ini adalah sebahagian usaha untuk menakluki Constantinopole.
Usaha mengadakan Mushaf ’Uthmani untuk menyelesaikan perbezaan dari segi bacaan Al-Quran.

Ali Abi Talib r.a.
Mengalami konflik dalaman mengenai isu pembunuhan ’Uthman r.a.
Mengalami konflik dengan Muawiyah dalam isu kepimpinan.
Dalam keadaan ini, tentera Kristian cuba ambil kesempatan ingin menyerang umat Islam tetapi Muawiyah menulis surat kepada maharaja Kristian itu: ”Kau jangan tertipu dengan perbalahan kami. Sekiranya kau menentang Ali, kau akan dapati orang pertama mara menghukummu di bawah Ali adalah Muawwiyah.” Akhirnya, tentera Kristian itu mundur ketakutan.

Sepanjang era Khulafa’ Ar-Rashidin, berlaku pengukuhan dan perluasan Daulah Islamiyyah.


Era Umayyah: Perluasan

Era bermula pada 661 hingga 750 Masihi

Khalifah pertama adalah Muawwiyah bin Abi Sufyan. Bermula era pemerintahan berbentuk dinasti. Kerajaan Bani Umayyah berpusat di Damsyik, Syam. Antara tokoh pemerintah dalam era ini adalah Umar bin Abdul Aziz.


Dalam era ini, berlaku perluasan kuasa Islam secara besar-besaran:

Misi ke Constantinople
Tahun 48 Hijriyyah, kumpulan tentera Islam yang pertama dihantar oleh Muawwiyah ke Constantinople (diketuai oleh Sufyan bin Auf). Usaha ini tidak berjaya. Antara sahabat yang pergi adalah Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Husain bin Ali dan Abu Ayyub Al-Ansari r.a. (syahid dan dikebumikan di tepi tembok kota itu).

Misi ke Afrika Utara
Tahun 50 Hijriyyah, kumpulan tentera Islam yang diketuai oleh ’Utbah bin Nafi’ memulakan misi perluasan kuasa ke kawasan utara Afrika. Usaha ini berjaya sampai ke Maghribi. Beliau kemudiannya turun ke Laut Atlantik bersama kudanya sehingga kudanya hampir lemas dan berkata: ”Sekiranya aku tahu di hujung sana masih tanah, aku akan teruskan.”
Tetapi masalah murtad dan pemberontakan timbul selepas itu kerana kurangnya pentarbiyyah kepada masyarakat setempat.
Musa bin Nusair menyambung usaha ini dan melakukan perluasan kuasa yang lebih perlahan dan menyelesaikan masalah yang sebelum ini timbul melalui pentarbiyyahan kepada masyarakat setempat. Lahirlah Tareq bin Ziyad yang merupakan bekas hambanya yang berbangsa Baybar (Afrika Utara) bersama Musa untuk menawan Andalus.

Misi ke Andalus

Misi ini dilakukan oleh Musa bin Nusair dan juga Tareq bin Ziyad pada tahun 92 – 94 Hijriyyah.
Dengan itu, Islam telah sampai ke Eropah dan juga menguasai pintu masuk Perairan Mediterrenean. Tertubuhlah sebuah kerajaan Islam di Andalus (Tetapi Islam dihalau pada tahun 892 H bersamaan 1492 M).

Misi ke Sempadan India

Berlaku pada tahun 50 H.

Dalam era ini, tumpuan utama umat Islam adalah untuk menyebarkan Islam dan memperluaskan penguasaan kerjaan Islam. Abdullah Ibn Al Mubarak (seorang ahli hadith) mengutuskan surat kepada kawannya, Al-Fudhail bin Iyadh (seorang ahli ibadah yang zuhud dan ahli hadith):
“Tidak akan aku temui debu kuda pada seseorang dengan asap neraka yang menyala.”


Perbincangan III
حضرة

Era Abasiyyah: Tamadun Islam

Sasaran: Menyatakan perubahan yang dibawa oleh tamadun Islam dalam Era Abbasiyyah. Menekankan kesan tamadun Islam kepada dunia daripada aspek ilmu pengetahuan, sosial, politik dan ekonomi. Islam menjadi Ustaziyatul ‘Alam, dunia menjadikan Islam sebagai sumber rujukan.

Era ini bermula pada 750 hingga 1265 Masihi. Dibahagikan kepada 2 zaman iaitu Zaman Keemasan dan Zaman Kejatuhan.

Kerajaan Abassiyyah diasaskan oleh Abu Al-Abbas Abdulllah dan berpusat di Kota Baghdad (Iraq). Zaman keemasan kerajaan Abassiyyah berlangsung ketika:
Khalifah Harun Ar-Rasyid: Beliau menandatangani perjanjian dengan Empayar Tang China.
Khalifah Al-Makmun: Terkenal dengan perkembangan ilmu dan teknologi.
Tentera Islam di bawah pimpinan Abdul Rahman Al Ghafiqi mara hingga ke selatan Perancis. Beliau mengalami kekalahan di Touluse dan kempen peperangan ini dikenali sebagai Balad Syuhada’.
Raja Tibet menganut Islam ketika Zaman Abassiyyah.


Perkembangan Tamadun

Terutamanya pada zaman pemerintahana Khalifah Al-Makmun yang bermula pada tahun 813 hingga 833 Masihi.
Sistem yang diperkenalkan:
1. Institusi penterjemahan dan pengumpulan yang dinamakan sebagai Baitul Hikmah.
a. Buku buku dikumpul dari Rome, Greek, Mesir Kuno, Parsi, India dan China untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab. Penterjemah-penterjemah buku diberikan ganjaran emas atau perak seberat buku yang diterjemahnya.
b. Kesannya, lahir tokoh-tokoh Islam yang mahir dalam sesuatu bidang ilmu contohnya Ibn Batuttah yang mahir dalam ilmu Geografi (1304 hingga 1369 M).
c. Di bidang astronomi, orang Islam Berjaya mengira ukur lilit bumi sebelum manusia pernah membuat ekspedisi mengelilingi bumi.
d. Ibnu Nadhir pada kurun ke 3 hijrah menulis buku Fihrasat: Senarai buku-buku di Baitul Hikmah.
e. Dengan adanya teknologi pembuatan kertas (794 M) dari China, ilmu dapat disebarkan dengan mudah dan murah.


2. Sistem pendidikan
Umur Silibus
4 – 5 tahun Hafal Al-Quran, diajar membaca dan menulis di dalam Bahasa Arab
7 tahun Tafsir Hadith, Fiqh, Aqidah
15 tahun Bidang khusus

3. Perkembangan ilmu pengetahuan
a. Diniyah
i. Ilmu Fiqh

ii. Ilmu Hadith

Imam Bukhari 810 – 870 M (196 – 256 H)
Imam Muslim 821 – 875 M (206 – 261 H)
Imam Turmizi 824 – 892 M (209 – 279 H)
Imam An-Nasaie 829 – 915 M (215 – 303 H)
Imam Abu Daud 817 – 888 M (202 – 275 H)
Imam Ibn Majah 824 - 887 M (207 – 273 H)

b. Sains dan Falsafah

Khawarizmi 780 – 850 Matematik (Algebra)
Al Farabi 873 – 950 Falsafah
Al Biruni 973 – 1050 Bahasa Sanskrit, Astronomi
Ibnu Sina 980 – 1037 Perubatan (Canon of Medicine, digunakan selama 700 tahun), Falsafah
Omar Khayyam 1050 – 1122 Matematik
Al Ghazali 1058 – 1111 Falsafah, Tasawwuf
Ibnu Rusyd 1128 – 1298 Perubatan, Falsafah
Ibnu Nafis 1205 – 1288 Perubatan

c. Penubuhan Universiti

Andalus: Universiti Cordoba 968 M (begitu juga di Seville, Malaga, Lisbon dan Toledo)
Mesir: Universiti Al-Azhar 988 M
(Universiti-universiti di Eropah hanya bermula pada 1088 Universiti Bologna, 1150 Universiti Paris dan 1167 Oxford University)

Perbincangan IVa

Perang Salib

Pope Urban II menjelajah ke seluruh Eropah bagi mendapatkan sokongan dari raja-raja Eropah
Dia berkempen dan berceramah ke seluruh Eropah dengan seruan untuk membebaskan Baitul Maqdis yang pada ketika itu dikuasai oleh orang Islam. Dia berjaya mendapat sokongan daripada 25 raja Eropah dan mengumpul askar. Namun, separuh daripada bala tentera mati ketika perjalanan ke Timur Tengah. (Bertolak dari Greek, melalui Selat Bosphorus).

Perang Salib bermula pada 1095 hingga 1291 Masihi. Terdapat 9 siri Perang Salib, ada kalanya orang Islam menang, ada kalanya kalah.
Buat seketika waktu, Baitul Maqdis berada di bawah kerajaan Kristian (490 – 588 H).
Namun begitu, Salahuddin Al-Ayyubi berjaya dalam Peperangan Hittin pada 583 H (1187 M) dan penangkapan Raja Baitul Maqdis. Pada tahun 588 H, beliau membebaskan semula Baitul Maqdis.
King Louis IX (Raja Perancis) ditangkap pada 1249 M dan dikurung di dalam Baitul Luqman di Mansuro, Mesir. Akhirnya dibebaskan dengan penukaran emas seberat tubuhnya. Setelah melihat sendiri kehidupan masyarakat Islam, dia telah membuat kesimpulan: Umat Islam tidak boleh dijatuhkan dengan kekuatan material semata-mata, mereka perlu dijauhkan daripada Islam.


Serangan Monggol: Kemusnahan Baghdad

Serangan ini berlaku pada 656 Hijriyyah (1258 M) tatkala umat Islam berada di kemuncak kegemilangan Kerajaan Abbasiyyah.

Kaum Monggol terkenal dengan kehebatan mereka berperang. Mereka tinggal secara nomad dan tidak mempunyai pembangunan tamadun. Golongan wanita pun turut serta berperang. Dalam peperangan, mereka membunuh sesiapa sahaja termasuklah wanita, orang tua dan kanak-kanak.

Sebuah peristiwa yang menggambarkan kelemahan Khalifah Mu’tassim:

“Salah seorang menteri khalifah keluar bertemu dengan Hulagu. Menteri tersebut membawa berita dari Hulagu iaitu Hulagu membenarkan Khalifah Mu’tassim untuk memerintah Iraq apabila beliau bersetuju untuk menghadap Hulagu. Khalifah dan anaknya bertemu tentera Hulagu. Hulagu kemudiannya menyuruh khalifah memanggil semua pegawai kerajaan dan para ulamak untuk menemui Hulagu. Setelah mereka datang ke tentera Mongol, kesemua mereka dipancung. Hulagu sekali lagi mengarahkan khalifah, mengeluarkan arahan perletakan senjata kepada semua penduduk Baghdad. Khalifah Mu’tassim sekali lagi hanya menuruti perintah. Akhirnya berlakulah pembunuhan beramai-ramai penduduk Baghdad oleh tentera Mongol termasuklah wanita dan kanak-kanak. 750 000 – 1 000 000 orang Islam disembelih di Baghdad .
Keesokannya pada 656 H, Hulagu memasuki Baghdad bersama Khalifah. Hulagu berkata: “Kami adalah tetamu, berikanlah kami sesuatu hadiah.” Khalifah yang ketakutan menghadiahkan Hulagu harta yang banyak sekali. Apabila beliau meminta makanan, Hulagu memberikannya hartanya. Khalifah berkata: “Bagaimana aku mahu memakannya?” Hulagu membalas ”Kenapa tidak kau membelanjakan benda yang tidak boleh engkau makan ini untuk menyelamatkan rakyatmu dan untuk tentera yang berjuang menyelamatkan kerajaanmu?”
Akhirnya Hulagu membunuh Khalifah dengan cara digulung dalam selimut dan ditendang sehingga mati.”

Jalan-jalan di Kota Baghdad dibanjiri darah dan dipenuhi mayat-mayat orang-orang Islam. Sungai Tigris menjadi merah akibat darah dari mayat-mayat yang dicampak oleh tentera Monggol. Mereka juga mencampakkan buku-buku dari Baitul Hikmah untuk membuat jambatan menyeberangi sungai itu. Kemudian air bertukar menjadi hitam akibat dakwat buku-buku yang menyimpan khazanah ilmu dan ketamadunan umat Islam.

Kejatuhan ini menjadi kisah hitam dalam sejarah umat Islam. Kejatuhan yang tidak pernah dijangka manusia. Bagaimana sebuah tamadun yang hebat seperti Kerajaan Abbasiyyah boleh tumpas kepada sekumpulan manusia yang tidak bertamadun? Di manakah silapnya?

Kembali melihat kepada sejarah Muhammad s.a.w. dan para sahabat yang terdahulu. Mereka juga pernah melakukan perkara yang sama dengan mengalahkan Rom dan Parsi dalam keadaan mereka tidak mempunyai tamadun yang hebat.

Faktor utama kejatuhan Baghdad adalah hilangnya semangat jihad dan umat Islam sudah leka dengan ilmu. Banyak perbincangan ilmu yang tidak mendatangkan faedah seperti soal darah nyamuk ketika solat, persoalan ilmu kalam dan falsafah. Khalifah pula sibuk dengan urusan kekayaan dan hiburan di dalam Istana, hilang sudah peranannya sebagai pelindung ummah dan penegak kebenaran.

Namun begitu, umat Islam telah berjaya menghentikan perluasan kuasa Monggol dalam Peperangan Ain Jalut pada tahun 1290 M. Sultan Baybar I telah mengalahkan tentera Monggol (Beliau juga mengalahkan tentera Salib di Syria).


Kerajaan Abbasiyyah II

Kerajaan ini berpusat di Mesir selepas kejatuhan Baghdad.

Peralihan daripada Dinasti Ubaidi (Fatimiyyah) ke Dinasti Ayyub dan kemudiannya Dinasti Mamluk.

Salahudin Al-Ayyubi merupakan tokoh pemimpin yang terkenal pada ketika itu. Berjaya mengalahkan tentera Kristian di Mesir dan juga membebaskan Baitul Maqdis.

Pada era ini tidak banyak perkembangan tamadun berlaku. Hanya beberapa ilmuwan yang terkenal seperti: Ibnu Khaldun (1332 – 1406 M) dalam bidang Sains Sosial dan tulisan beliau yang terkenal ialah Muqaddimah dan Kitab Al-Ibar.
Secara keseluruhan era ini menyaksikan kejatuhan kerajaan Islam.


Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah

Kerajaan ini bermula pada 1265 hingga 1924 M.

Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah diasaskan oleh ‘Uthman Gazi. Kerajaan menguasai Austria, Hungary, Romania, Bulgaria, Czech, Yugoslavia dan Albania.


Sultan Muhammad II Al-Fateh

Peristiwa yang paling terkenal pada era ini ialah pembukaan Kota Constantinople oleh Sultan Muhammad II (Muhammad Al-Fateh) berlaku pada 857 H (1453 M). Beliau mengarahkan Arban, baru memeluk Islam, (sebelum ini berkhidmat dengan Constantine) untuk membina meriam jarak jauh. Beliau mengarahkan 14 buah kapal diangkat melalui jalan darat dari Selat Bosphorus ke Golden Horn. Menjadikan Aya Sofia sebagai masjid.

Beliau juga menguasai Selatan Greek (kemudiannya, seluruh Kepulauan Greek), Albania dan Crimea (Ukraine). Beliau mengarahkan misi ke Rom dan tentera Islam berjaya menawan Otranto. Tetapi misi ini terbantut dengan kematiannya pada 886 H (1481 M).


Sultan Sulaiman Azzam (The Magnificent).

Beliau menguasai Belgrade, sebuah kota kerajaan Hungary (kini di dalam Serbia). Pada 1526, beliau menawan Hungary.


Perbincangan IVb

Kebangkitan Eropah

Kesan Perang Salib

Ketika Perang Salib yang pertama, tentera Salib mengalami kekalahan. Mereka terkejut melihat kehebatan tamadun Islam pada ketika itu. Orang Eropah mula terdedah dengan kemajuan orang Islam ketika Perang Salib. Mereka membawa pulang buku-buku dan teknologi yang mereka peroleh. Buku-buku diterjemah daripada Bahasa Arab ke Bahasa Latin dan kemudiannya dikaji oleh orang Eropah. Universiti-universiti di Eropah mula membuka fakulti Bahasa Arab untuk menyediakan penterjemah-penterjemah buku (termasuklah Oxford University). Ini merupakan usaha yang penting bagi mereka mengembangkan penguasaan dalam ilmu dan ketamadunan.

Ekoran kejatuhan kerajaan Byzantine di Constantinople, orang Kristian tidak lagi menguasai jalan perdagangan ke Timur. Jalan perdagangan melalui Kota Constantinople telah dikuasai oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453 M .
Pada masa yang sama, kerajaan Islam Andalusia telah jatuh ke tangan Ratu Isabela dan Raja Ferdinand III . Ilmu pelayaran Islam kini dipelajari oleh orang Eropah di Andalusia. Selepas itu bermulalah era penjelajahan dan penjajahan Eropah terhadap negara-negara Islam.
1. Christopher Columbus memulakan ekspedisi pelayaran ke bahagian Barat pada 1492 M.
2. Vasco da Gama (Portugal) memulakan ekspedisi pelayaran ke selatan pada 1497 M.
a. Menjumpai Cape Town. Keistimewaan Cape Town: pertemuan 2 lautan
b. Menjumpai Goa, India. Menawan Goa dan kerajaan-kerajaan Islam di sekitar.
i. Mengkristiankan penduduk Goa dan sekitar.
c. Penemuan jalan ke Timur melalui Cape Town membuka jalan kepada Eropah untuk menjajah umat Islam di bahagian Asia Tenggara.
3. Alfonso de Albuquerque menawan Melaka pada 1511 M.
a. Bertujuan kononnya ingin mencari rempah. “Gold, Glory, Gospel”
b. Tujuan sebenarnya ingin melanjutkanPerang Salib ke atas umat Islam.


Kebangkitan Tamadun Barat

Kebangkitan Eropah yang bermula dengan semangat Perang Salib membawa kepada perkembangan tamadun Barat yang bersumber kepada ilmu dan teknologi umat Islam. Eropah mula membina kekuatan tamadun dan keluar daripada kegelapan. Kebangkitan yang dulunya bersumberkan ruh Kristian kini mulai beralih kepada sumber humanisme dan materialisme. Peralihan ini merupakan bibik pemisahan pengaruh agama dalam perkembangan manusia di Barat. Reformation pada kurun ke16 membawa kepada Revolusi Perancis (1789 – 1799 M). Revolusi Perancis yang dipelopori golongan Bourgeoisie atau Borjuis (pertengahan) menjatuhkan Sistem Raja dan penguasaan pihak gereja dalam pemerintahan. Bermula era sekularisme dalam pemerintahan Barat. Semangat Kristian yang sebelum ini menjadi punca kebangkitan telah dibuang dan diganti oleh kekuatan materialisme dan kemanusiaan semata-mata. Mereka telah kehilangan matlamat dan sibuk dalam pembinaan bersumberkan kebendaan. Telur kuning telah tiada dan yang tinggal hanya telur putih.

Kini tamadun Barat kekeringan ruh dan hilang hala tuju walaupun kelihatan gah zahirnya. Kejatuhan moral dan kerosakan jiwa masyarakat terus berlarutan walaupun mereka sedang membina tamadun yang tinggi melangit.

Kemajuan ilmu pengetahuan telah pun menunaikan tugasnya. Sejak dari zaman kebangkitan di dalam abad keenam belas Masihi dan telah mencapai puncak kemajuannya di dalam abad kedelapan betas dan abad kesembilan belas. Sesudah itu tamadun Eropah sudah kehabisan bahan simpanan, untuk disumbangkan kepada umat manusia

Tidak cukup dengan itu, pembinaan tamadun yang berasaskan perkara ini telah berkembang kepada umat Islam, mengikis nilai keimanan dan keislaman yang selama ini menjadi pendorong perkembangan tamadun Islam.


Kejatuhan Khalifah

Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah

Era kejatuhan bermula pada ketika Perang Dunia I

Kekalahan kerajaan Uthmaniyyah dalam peperangan tersebut memberi peluang kepada orang Eropah menguasai orang Islam. Sultan Abdul Hamid II (1876 – 1909 M) merupakan sultan kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah yang terakhir yang betul-betul mengamalkan sistem khilafah. Kerjaan Turki ‘Uthmaniyyah mula menjadi semakin sekular selepas itu.
Kemunculan Mustafa Kamal Attartuk, seorang jeneral tentera, yang ditonjolkan oleh British sebagai tokoh kepimpinan yang hebat. Dia telah Berjaya mengalahkan tentera British (tentera Bersekutu – Perancis, Australia dan New Zealand) di Gallipoli, Turki.
Kejatuhan sebenar berlaku pada 1924 M, apabila Mustafa Kamal Attartuk mengumumkan secara rasmi pemansuhan sistem khilafah di Turki. Umat Islam kehilangan sistem khilafah yang menaungi umat Islam secara global.

Malangnya kejatuhan ini tidak begitu diketahui oleh umat Islam secara umum. Kenapa ini boleh berlaku?

Tidak lain tidak bukan kerana kejatuhan negara-negara Islam. Tanah umat Islam di timur tengah dipecah-pecah mengikut citarasa penjajah. Wilayah Islam dipecah-pecahkan mengikut geografi dan mengikut kawasan. Contohnya Palestin dan Mesir berada di bawah pemerintahan British. Manakala Algeria, Maghribi, Tunisia dan Syria jatuh ke tangan Perancis .

Bagaimana pula dari perspektif negara-negara di nusantara?

Kejatuhan negara Islam pertama bermula dengan kejatuhan Kesultanan Islam Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Selepas lebih kurang 130 tahun kejatuhan Melaka ke atas Portugis, Melaka kemudiannya ditawan dan diambil alih oleh Belanda pada tahun 1641 dengan bantun kesultanan Johor. Seterusnya, pada tahun 1786, Francis Light datang membuka dan menjajah Pulau Pinang. Perselisihan yang berlaku antara Francis Light dan Belanda (disebabkan oleh persaingan untuk merebut, mengawal dan menguasai pintu masuk ke Selat Melaka) berakhir dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 menyebabkan kepulauan Melayu terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1. Semenanjung Tanah melayu dan Borneo di bawah pemerintahan Inggeris.
2. Kepulauan Indonesia di bawah pemerintahan Belanda

Kawasan-kawasan Asia Tenggara lain yang dijajah :

1. Portugis – Pulau Timur Timor (Timor Leste)
2. Perancis – Kemboja, Vietnam
3. Sepanyol – Filipina


Serangan Kedua: Serangan Pemikiran

Setelah penjajah menguasai politik umat Islam, mereka beralih kepada penguasaan minda dan budaya masyarakat tempatan. Pihak penjajah menyediakan pendidikan bermodelkan sistem pendidikan mereka contohnya pihak Inggeris menubuhkan Penang Free School dan Malay College Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1905 bagi mendidik anak-anak Melayu Islam terutamanya anak-anak raja dan pembesar supaya mewarisi tradisi kepimpinan bercirikan barat. Akibatnya, ramai pemimpin-pemimpin Malaysia yang pertama telah di’barat’kan oleh penjajah dan kesannya dapat dilihat sehinga hari ini (contohnya dari segi perlembagaan dan undang-undang negara). Begitu juga dengan sistem sosial masyarakat Islam turut dihancurkan dan digantikan dengan gaya hidup barat yang lebih menjurus kepada hiburan dan keseronokan (hedonism). Semangat nasionalisme dan kebangsaan ditanam di kalangan masyarakat islam supaya umat islam berpecah-belah, bercakaran sesama sendiri dan tidak dapat disatukan atas dasar kesatuan aqidah.


Kejatuhan: Titik-titik Kehancuran

Imam As-Syahid Hasan Al-Banna telah menggariskan 7 faktor-faktor kejatuhan umat Islam bermula daripada serangan Monggol, seterusnya penjajahan wilayah-wilayah Islam satu demi satu.
1. Percakaran politik, asobiyyah, perebutan kuasa dan kepimpinan.
2. Perselisihan soal agama dan hukum Fiqh (mazhab-mazhab), penyelewengan aqidah dan ibadah dalam Islam sehingga hilang kosong dan kehilangan ruh.
3. Bergelumang dengan kemewahan dan kesenangan terutama di kalangan pemerintah . Umat Islam mulai suka berhibur dan berseronok.
4. Peralihan kuasa kepada golongan bukan Arab yang kebanyakan tidak menghayati Islam yang sebenar kerana tidak dapat memahami Al-Quran dengan maksud yang tepat.
5. Mengabaikan ilmu-ilmu teknologi dan sains sebaliknya menghabiskan masa dengan teori falsafah dan ilmu-ilmu khayal yang mandul.
6. Sikap pemerintah yang tertipu dengan kekuatan sendiri dan cuai untuk mengkaji perkembangan masyarakat lain sehingga mereka ketinggalan dalam persiapan.
7. Tertipu dengan helah musuh-mush Islam. Mengagumi hasil usaha golongan Kafir dan mulai meniru mereka.


Pasca 1924: Usaha Pengembalian Khilafah

Ekoran kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1924, ummat Islam seluruh dunia kehilangan seorang khalifah. Kehilangan ini tidak dibiarkan begitu sahaja oleh umat Islam. Di kalangan golongan yang menyedarinya dari serata dunia berjuang di tempat masing masing bagi menegakkan semula Khilafah Islamiyah di muka bumi. Antara gerakan yang muncul ialah gerakan Mahadi di Sudan, Ikhwan Al-Muslimin di Mesir, As-Sanusi di Libya hingga ke Maghribi, dan Gerakan Wahabi di Semenanjung Arab.
Setiap gerakan mempunyai pendekatan mereka yang tersendiri dalam mengembalikan khilafah. Mereka semua berkongsi ruh Islam yang sama dan berjihad bersungguh-sungguh dalam usaha mereka ini.


Gerakan Mahdi

Diasaskan oleh Muhammad Ahmad di Sudan. Beliau mengikut tarekat dan menjadi ketua kepada kumpulan tersebut. Beliau juga mengaku diri sebagai Imam Mahdi dan mendapat sokongan daripada pengikut-pengikutnya. Mereka telah menentang penjajah British dan berjaya membebaskan satu per satu Bandar di Sudan. Setelah beliau meninggal dunia, Abdullah bin Mahmud mengganti kepimpinan kerjaan Islam di Sudan dan melaksanakan syariat Islam, serta mengadakan ceramah-ceramah dan dakwah kepada masyarakat. Namun begitu, kerjaan British telah berjaya mengalahkan kerjaan ini dalam sebuah peperangan pada tahun 1896.

Faktor-faktor kejatuhan:
a) Tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Islam dari luar Sudan, mungkin kerana pengakuannya sebagai Imam Mahdi.
b) Kerajaan Mahadi di Sudan mengabaikan aspek pendidikan di kalangan rakyatnya. Institusi pendidikan yang formal bagi mendidik ilmu Islam tidak ditubuhkan. Dengan itu, rakyat tidak ditanam dengan syiar Islam yang sebenarnya. Maka, hilangnya semangat juang dari kalangan penduduk Islam Sudan sendiri.


Gerakan Ikhwan Al-Muslimin

Diasaskan oleh Imam As-Syahid Hasan Al-Banna pada tahun 1928. Matlamat lkhwan Al-Muslimin ialah untuk mendirikan masyarakat dan negara Islam di mana syariat Islam menjadi undang-undang negara. Ikhwan menganggap bahawa ibadat dan amal soleh seseorang Islam itu sia-sia jika ia tidak bersedia untuk mengorbankan nyawanya demi untuk mempertahankan Islam. Mereka berjihad melawan British dengan semangat Islam. Hasan Al-Banna tidak melihat perbincangan dengan pihak penjajah akan dapat menyelesaikan masalah. Gerakan ini juga menghantar sukarelawan dalam peperangan di Palestin menentang penguasaan Yahudi pada tahun 1948.

Namun begitu, gerakan ini mendapat penentangan oleh kerajaan Mesir sendiri apabila golongan Nasionalis menggulingkan Raja Farouk. Gerakan Ikhwanul Muslimin kemudiannya diharamakan. Penindasan yang berlarutan tidak menghentikan usaha Ikhwanul Muslimin, mereka terus berkembang dan melebar ke negara-negara Arab dan seluruh dunia Islam sehingg kini. Ikhwan di Syria, Jordan, Lebanon dan Sudan terus bergiat dengan aktivitinya. Di Geneva, Dr. Said Ramadhan mengahwini anak perempuan Hassan Al-Banna dan menyibarkan prinsip perjuangan Islam di Barat dengan hebat.

Matlamat Ikhwan juga untuk mengembalikan penguasaan umat Islam di dunia ini dalam aspek politik, kemasyarakatan, budaya, ketamadunan dan juga ekonomi. Ikhwan sangat-sangat menekankan aspek tarbiyyah (pendidikan) yang merangkumi semua aspek kemanusiaan. Dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pelbagai program tarbiyyah yang sistematik telah disusun oleh Ikhwan bagi mencapai tujuan ini.


Jami’at Islami

Diasaskan oleh Syeikh Abu Al-A’la Al-Maududi di India pada tahun 1941 (usahanya telah bermula semenjak 1920an). Al-Maududi telah menekan aspek kefahaman Islam yang selama ini dilupai oleh masyarakat Islam. Penulisan beliau telah berjaya mempengaruhi ramai orang Islam di India juga di negara-negara lain mulai memahami Islam. Beliau juga bekerjasama dengan Sir Muhammad Iqbal dalam usaha menubuhkan Darul Islam sebagai pusat penyelidikan dan penyusunan semula perundangan Islam. Beliau juga terlibat dalam usaha penubuhan negara Islam Pakistan. Oleh kerana kelantangan beliau mengkritik dasar-dasar kerajaan yang bertentangan dengan Islam, beliau sering dipenjarakan. Beliau juga pernah dijatuhkan hukuman mati tetapi rakyat dan dunia Islam bangkit menentang dan akhirnya dibebaskan semula pihak British. Jami’at Islami akhirnya diharamkan pada 1964.





Perbincangan V

Ini Peranan Kita

Realiti Kita

Kembali melihat kepada sejarah yang panjang ini. Sebagaimana sunnah-sunnah yang lain, sejarah pasti melalui perjalanan yang sama sepertimana yang diatur oleh Allah s.w.t. Bangkit dan jatuh umat Islam pada zaman lalu melalui sebuah perancangan Allah yang tetap, dan Allah sebaik-baik perancang.
Kita sewajarnya menilai kembali realiti umat Islam kini. Dimanakah kita berada sekarang?

Adakah kita berada di Era Abassiyyah yang mempunyai tamadun Islam yang hebat?
atau, di Era Umayyah yang mempunyai kerajaan Islam yang luas?
atau, di Era Madinah yang mempunyai sebuah negara Islam yang kuat?
atau, di Era Makkah…?
Era Jahiliyyah Makkah Madinah Khulafa’ Umawiy Abbasiy ‘Uthmaniy Kini
Dakwah ?
Daulah ?
Tamadun ?

Penilaian mestilah dibuat mengikut realiti umat. Penilaian ini menentukan tindakan dan hala tuju kita selepas ini. Pada setiap era, umat Islam mempunyai peranan mereka yang tersendiri. Peranan dan tanggung jawab ini ditentukan oleh suasana pada masa tersebut. Sepertimana usaha Nabi Muhammad s.a.w. yang melalui fasa-fasa yang tertentu (seperti Dakwah Sirriyyah dan Dakwah Jahriyyah atau Dakwah Fardiyyah dan Dakwah Dauliyah), kita sewajarnya mengambil iktibar untuk bertindak dan berperanan mengikut tuntutan semasa:

Era Peranan
Makkah Dakwah Pembinaan Manusia
Madinah Daulah Permulaan Kuasa
Khulafa’ Ar-Rasyidin Pengukuhan dan Perluasan
Umayyah Perluasan
Abbasiyyah Tamadun Ustaziyatul ‘Alam

Hakikatnya, kita berada di dalam era Makkah. Tamadun Islam telah lama jatuh dan dikambus oleh kemajuan Barat yang menguasai dunia kini. Tiada sebuah negara pun yang mampu mewakili Islam dalam memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan umat Islam. Sistem Khilafah sudah lama hancur oleh tangan nasionalis dan imperalis. Islam telah kembali dagang dalam dunia yang dulu mengenalinya…

Tidakkah Nabi Muhammad s.a.w. memulakan usahanya menyebarkan Islam dalam keadaan dagang. Islam tidak dikenali, masyarakat hanya memahami agama melalui nenek moyang, moral masyarakat dikuasai hawa dan jiwa mereka menderita di dalam ‘keseronokan dunia material’.


Tanggung Jawab Kita

Setiap zaman akan mempunyai tuntutan prioriti yang tersendiri mengikut keadaan dan suasana tertentu. Sekiranya Ibnu Sina atau Khawarizimi dilahirkan pada era Makkah tidaklah mereka melainkan bersungguh-sungguh melaksanakan dakwah sepertimana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat telah lakukan ketika itu. Begitu juga, jika Imam As-Syafie hidup di era daulah, pastinya beliau akan turut sama dalam usaha perluasan kuasa kerajaan Islam.

Rata-rata manusia keliru dalam meletakkan kepentingan kepada sesuatu perkara. Lantaran itu, mereka mula berfikir di luar realiti dan merancang mengikut angan-angan dan imaginasi. Mungkin sebahagian lagi mula mengambil langkah yang tergesa-gesa untuk mencapai kembali kegemilangan ummah.

Sebilangan umat Islam menyangka dengan membangunkan ilmu dan teknologi umat Islam dapat mengembalikan keagungan tamadun Islam…lalu mereka mengambil asas dan nilai dari Barat dalam mencorak ‘tamadun baru Islam’.

Sebilangan umat Islam sudah bosan dengan penindasan terhadap Islam…lalu mereka terus mengangkat senjata mengadakan penentangan terhadap golongan Kuffar.

Sebilangan lagi sudah lama menanti, bilakah negara Islam akan muncul kembali…?
Sebilangan lagi sudah lama menanti, bilakah tamadun Islam akan muncul kembali…?

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. juga mempunyai impian dan cita-cita yang sama, mahu melihat Islam menguasai dunia dan seluruh manusia tunduk kepada sistem Ilahi. Namun Rasulullah s.a.w. tidak tergesa-gesa untuk mengejar kekuasan atau keagungan, kerana bukanlah itu menjadi tujuan perutusan baginda s.a.w.. Ar-Rasul diutuskan untuk mengajak manusia untuk kembali sujud kepada Allah, melenturkan hati yang selama ini keras membantu.

Ar-Rasul s.a.w. memulakan dakwah dengan mendidik insan untuk mengenal Allah. Mendidik insan untuk mengabdikan sepenuh jiwanya kepada Allah. Akhirnya, insan yang terdidik di dalam madrasah tarbiyyah Nabi ini telah berjaya membawa risalah ini ke serata dunia. Insan-insan inilah yang mendokong sebuah ummah dan membawanya ke arah kegemilangan kuasa dan tamadun dunia.

Adakah kita bermula daripada membina batu-batu…?

Seorang Ulamak dan Daie Islam yang agung, Syakib Arsalan pernah berkata:
“Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah. Kita perlu mendidik individu.”

Marilah kita sahut seruan:

“Usaha dakwah mestilah dimulakan dari bawah sepertimana kata Syakib. Tiada cara lain. Ianya adalah dengan khemah tanzim dan penyusunan barisan yang terdidik dengan tarbiyah Islam yang sejati. Bukan dewan-dewan perhimpunan dan seminar. Ia adalah dengan api semangat yang merdeka, bukan sinaran bintang. Dirikanlah khemah kamu di padang pasir jahiliyah kurun kedua puluh ini dan nyalakanlah apimu supaya ia dilihat oleh orang yang sesat dan terputus dari hidayah, supaya mereka menuju kepadanya dan bernaung di dalam khemah kamu.”


Definisi Dakwah

Dakwah boleh diertikan dengan pelbagai interpretasi. Namun secara adilnya, sewajarnya kita memerhati sejarah dakwah baginda s.a.w. dalam memahami pengertian dakwah yang sebenar. Jelasnya, dakwah baginda s.a.w. bukanlah dakwah yang berlegar kepada isu-isu remeh dan persoalan Fiqh yang far’i tetapi seruan dakwah Islam adalah mengajak manusia untuk patuh kepada Allah (menyelesaikan persoalan pokok).
Dakwah baginda s.a.w. tidak terhenti sekadar mendidik individu, mereka yang telah diseru kepada Islam dikumpulkan dan dibentuk dalam aspek aqidah, akhlak dan ibadah. Kemudiannya lahirlah keluarga-keluarga Islam yang mencorak sebuah masyarakat Islam. Bermula daripada pembinaan batu-bata yang kecil, kini bahan binaan itu membentuk sebuah bangunan yang kukuh. Tanpa bahan-bahan yang tahan dan kuat, bangunan tersebut akan mudah bergoyang dan akhirnya roboh.

Sesungguhnya dakwah Rasulullah s.a.w. menuju ke arah pembinaan sebuah daulah yang akan menjadi asas kepada perkembangan Islam dalam era seterusnya. Asas-asas yang dibina mempunyai peranan dalam menampung sebuah daulah di Madinah. Seterusnya usaha penyebaran dan pengembangan Islam berlarutan sehingga mencapai kemuncak dalam masa 600 tahun. Jangka masa yang panjang dan jauh ini bukanlah satu kebetulan. Bahkan, ini merupakan satu ketentuan Allah s.w.t. dalam aturan sunnah. Pastinya ‘Teori Kebetulan’ bercanggah dengah akidah kita.


Ini Peranan Pelajar

Majoriti pelajar akan mengatakan peranan mereka pada ketika ini adalah untuk menuntut ilmu. Mereka mungkin akan berhujah dengan hadith-hadith yang tertentu mengenai kelebihan menuntut ilmu dan sebagainya. Adakah para sahabat tidak pernah mendengar hadith-hadith itu? Kenapa mereka tidak dihantar oleh Nabi s.a.w. ke Rom atau Parsi atau China untuk menuntut ilmu seperti kita? … Hakikatnya mereka memahami tuntutan semasa dan bertindak mengikut keperluan ummah ketika itu iaitu untuk berdakwah.

Sekali lagi ingin dikatakan, setiap pernilaian perlu dibuat dengan mengambil kira soal waqi’ (realiti) semasa. Seorang pelajar yang dalam bahaya kebakaran tidak akan meneruskan pembelajaran walaupun dia tahu pelajarannya itu sangat penting, kerana dia mengetahui yang nyawanya lebih penting. Dalam contoh yang mudah ini, kita dapati manusia sebenarnya memahami konsep Fiqh Keutamaan dan Fiqh Waqi’ (Realiti). Permasalahannya timbul apabila mereka tidak meletakkan kedudukan Islam pada tempatnya. Sekiranya Islam diletakkan pada maqam yang selayak baginya, manusia akan kembali mengutamakan kepentingan Islam berbanding kepentingan peribadi mahupun kepentingan keluarga, masyarakat dan negara.

Antara dakwah dan belajar, manakah yang lebih penting? Bukankah tuntutan kini adalah untuk berdakwah?

Mungkin juga, ada yang berkata, “buat masa ini saya perlu belajar, nanti apabila selesai belajar barulah saya berdakwah, saya mempunyai tanggung jawab kepada penaja…” Alasan ini mungkin akan diteruskan semasa bekerja, “buat masa ini saya perlu bekerja, nanti bila selesai bekerja barulah saya berdakwah, saya mempunyai tanggung jawab kepada majikan dan keluarga…” dan seterusnya, apabila pencen, mungkin dia boleh berkata yang pencen lebih penting daripada dakwah…!!! Bagaimana apabila dia mati? Apakah yang paling penting ketika itu?

Mengambil perumpamaan telur dalam Muqaddimah II, seorang pelajar sewajarnya menentukan matlamat hidupnya. Tanpa matlamat, segala perkara menjadi sia-sia. Dalam setiap amalan, matlamat merupakan perkara yang terpenting.

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى...(Hadith 1 dalam Hadith 40 Imam An-Nawawi)
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan…”


• Belajar untuk mendapat peluang pekerjaan?
• Belajar untuk mendapat gaji?

• Belajar untuk mendapat kedudukan?
• Belajar untuk memenuhi kehendak ibubapa?


Kemanakah tujuan-tujuan ini akan membawa kita? Pastinya sejauh umur manusia tidak lebih dari itu. Hakikatnya kita perlu meletakkan tujuan yang pasti dan jauh, iaitu tujuan kepada Allah dan untuk menyeru kepadaNya.

Mungkin ada yang akan menjawab: “Saya belajar pun dakwah juga.”

Penyataan ini boleh memberi dua tujuan, pertama, memang benar-benar untuk-untuk tujuan dakwah, atau kedua, sekadar menenangkan hati yang sentiasa mencari alasan. Bagaimana untuk menjadikan pernyataan ini sebagai satu jawapan yang benar-benar menjadi hujah kita di hadapan Allah nanti?

Kita mempunyai peluang untuk mendekati golongan tertentu yang mungkin tidak dapat didekati oleh orang lain dengan kita menguasai sesuatu bidang. Kita mempunyai misi membawa pengislahan kepada golongan ini khususnya. Selain itu, dengan mempunyai kedudukan dalam masyarakat, kita akan lebih mudah diterima umum.



Sejarah

Kita suka dengar cerita
Kita suka baca novel
Dan kita suka tengok TV

Sebab kita seronok mendengar cerita

Tapi pelik betul,
bila orang ajar kita sejarah
Kita dengar tapi kita malas ambil perhatian
sejarah dibelajar setakat untuk lulus peperiksaan
tapi untuk masuk dalam hati
untuk direnung ambil pelajaran
kita tak pernah terfikir sejauh itu
Pada kita, sejarah terlalu berlalu,
buat apa mahu dikenang-kenang?
Mulakan kehidupan baru pada hari mendatang!

Itulah satu kesilapan kita!
Satu ketetapan Allah,
Jika tanpa oksigen manusia akan mati,
Begitu juga, jika tanpa iman, Islam takkan bangkit semula!

Kita tengok diri kita sekarang, dan kita imbau sejarah lampau
Kita akan tahu dan sedar,
Kenapa Islam boleh jadi lemah sekarang,
dan bagaimana dahulu islam mampu memimpin sebuah empayar!

Kita belajar dulu
Rasulullah susah-susah nak sampaikan Islam
13 tahun kat Mekah cuma 313 orang sahaja patuh kata baginda
Kita tahu juga
Orang Islam zaman sahabat dulu selalu disiksa
Selalu dipukul dan dihina
semata-mata kerana mereka sayangkan aqidah mereka

Setelah itu apa yang berlaku pada mereka?
Mereka jadi kuat
Jiwa mereka kebal
Iman mereka mantap
Jihad mereka tidak boleh dikalahkan
Di ketika itu kalimah Allah ada di mana-mana
Kerana Islam mengajar mereka,
'Serulah manusia kepada Allah...!!

bergegarlah kaki-kaki mereka dan berderaplah langkah kuda-kuda mereka
berlari-lari menyampaikan kalimah haq
sehinggalah,
Mereka mampu meruntuhkan Empayar Rom
Mereka mampu menjelajah sepertiga dunia
mereka menjadikan Islam sebagai orde baru dunia!

Tapi
Setelah kekayaan melimpah ruah
Setelah kekuasan berleluasa
Ketika itu zaman kegemilangan Islam
Ulama Islam muncul bagaikan cendawan subur
Sumber Ilmu berada di hujung jari sahaja
Tapi lihat apabila Al-Quran dilupakan
Apabila kemewahan menjadi idaman
Apabila jihad menjadi slogan yang tidak diamalkan
Bangsa kuffar mula mengaum kencang
Menjilat dan membaham kita yang sedang jatuh leka

Dan ketika itu,
di saat kelekaan,
mereka mula melancarkan peperangan mereka,
Setelah mereka kalah di Khaibar,
kalah di medan Perang Salib
dan kalah di konstatinople,
mereka bangkit menentang kita habis-habisan

sehinggalah khilafah kita jatuh
dengan dahsyatnya
sehinggga manusia bernama Islam tidak menyedari
bahawa tahun 1924
adalah tahun kematian umat Islam

Tidakkah kita belajar dari sejarah?
Mengapa kita boleh jadi demikian?
Bagaimana satu empayar yang hebat,
yang bertahan selama 1400 tahun yang lampau
hanya boleh jatuh dengan sekelip mata?
Tidakkah itu satu kepelikan?

Tentu tidak jika kita menoleh pada sejarah

Kerana sejarah melabuhkan tinta
Salahudin adalah orang yang tak pernah tinggal tahajudnya
ketika beliau berjaya membebaskan baitul maqdis
Muhamad Al-Fateh orang yang tak pernah tidur
memikirkan bagaimana untuk menawan Konstatinople
Abu Bakar, Umar, Ali, Ustman, Saad Abu Waqqas,
yang hari-hari mereka tidak pernah kering
dari bacaan Quran, dan telaah ilmu dengan Rasulullah.
Hasilnya mereka berjaya menjadi manusia perkasa!

Tapi apabila kita tidak seperti mereka,
di ketika dunia mengelabui mata kita,
di ketika itu saat iman makin melemah,
dan di saat itulah zaman kehancuran kita!

Dan jika perhatikan mengapa di ketika ini kedudukan kita adalah sangat terhina,
Ini adalah kerana
sejarah tak pernah masuk ke dalam hati kita
dan kita tak pernah belajar dari sejarah

Kerana sejarah mengajar kita
untuk membangunkan satu bangsa
untuk melonjakkan sesuatu ummah
Ia bermula dari persoalan mendasar yang sangat agung
iaitu kembali kepada sumber terulung
Quran dan Sunnah yang dipelajari dengan hati yang bersungguh-sungguh!
Serta mengikut jejak Rasul,
bagaimana baginda mampu mendidik
generasi para sahabat baginda yang agung!

Wednesday, May 4, 2011

Assalamualaikum wbt.wrt.

Allah berfirman;

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.
Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.
Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji Islam bagi sesuatu perjuangan.
Dengan kesimpulan inilah maka kita, angkatan pemuda akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipat ganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu kita itu akan menjadi bertambah berat.
Oleh itu sepatutnya kita berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kita menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.
Sabda Nabi saw yang bermasud:
من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Sesiapa yang tidak menghiraukan urusan umat Islam maka dia bukanlah daripada mereka.

Tugas kita:

• Menceritakan hakikat Islam dengan jelas(teori).
• Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali).
• Menjadikan Al-Quran & Sunnah rujukan utama.
• Berjuang terus hingga mati.(Assyahid Hassan Banna,Ahmad Yasin,Syeikh Rantisi,Ayat Akrash,Ibrahim Libya dll.)
• Slogan kita : ‘Allah matlamat - Rasul Ikutan - Quran perlembagaan - Jihad jalan & Mati syahid cita-cita tertinggi’.
• Berkeyakinan diri ; kita adalah 'tuan' di bumi ini. Kemenangan adalah milik kita.

Titik kekuatan:

• Iman
• Ukhuwwah
• Zahir @ jasmani (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dsb dlm ertikata persiapan untuk berjihad @ berdakwah)


Program kita:

• Individu Muslim
• Rumahtangga Muslim
• Masyarakat Islam
• Kerajaan Islam-menjadikan al-quran & hadis sebagai landasan pemerintahan negara.
• Menawan balik negeri Islam yang dirampas-palestin & juga malaysia(dlm ertikata mengembalikan m’sia ke sistem Islam yg sebenar dan keluar dari belenggu jahiliyyah)
• Menjadi pemerintah dunia-ingat!kita pernah menguasai 2/3 dunia.
Lain-lain
• Kita akan capai antara 2 kebaikan: Menang atau Syahid.
• Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai (3:126)

Kesimpulan

• DAKWAH,DAULAH & TAMADUN , maka jadilah hadharah islamiyyah bukan Islam hadhari.
• Seorang lelaki pernah bertanya kepada Imam Ahmad bin Hambal,Apakah seseorang itu tetap bertahan terus sampai dia sempurna,kemudian baru mendakwahi manusia?Imam Ahmad menjawab: siapakah orang yang sempurna? Tetaplah berdakawah kepada manusia.