Wednesday, November 6, 2013

KENAPA HATI MENJADI KERAS

"Daripada Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Janganlah memperbanyak percakapan selain untuk berzikir kepada Allah swt,maka sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah swt itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah swt ialah mereka yang berhati keras." (H.R Tirmizi) Ketandusan jiwa pada hari ini adalah suatu penyakit yang sangat ketara sekali ditengah-tengah masyarakat. Banyak orang susah hati, gelisah dan merasakan ketenangan fikiran dalam kehidupan walaupun ia telah memiliki segala kemudahan yang dihasilkan oleh teknologi moden pada hari ini, bahkan jutaan wang telah dimilikinya, namun kepuasan hidup masih belum lagi dapat dirasainya. Ini semuanya berpunca dari hati yang keras, jiwa yang tandus dan mata yang tidak pernah menangis kerana takut kepada Allah swt. Kemudian kekerasan hati ini pula adalah berpunca daripada banyak bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak ada hubungkait dengan mengingati Allah swt. Oleh itu orang beriman hendaklah ia selalu menggunakan lidahnya untuk berzikir kepada Allah swt. ataupun bercakap perkara-perkara yang berkaitan dengan agama yang dapat memberi faedah dalam meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt. atau paling kurang bercakap perkara keduniaan yang dijadikan wasilah ataupun alat yang dapat membantunya untuk menambah apa jua jenis ketaatan yang akan dicatitkan dalam suratan amal kebajikan pada hari kiamat nanti atau kalau tidak mampu juga berbuat demikian hendaklah dia berdiam sahaja jangan banyak bercakap. Kenyataan yang selalu ternampak dihadapan mata kita ialah wujudnya orang--orang yang banyak membuang masa bercakap-cakap perkara yang tidak berfaedah, bahkan ada yang berani bercakap perkara-perkara yang bercanggah dengan hukum-hukum syara' dan berani bercakap sambil merendah-rendahkan ajaran agama yang boleh menyebabkan kefasiqan dan terkadang boleh menyebabkan kekufuran. Hati yang keras adalah hati yang tidak mudah menerima nasihat daripada orang lain. Kalau ditegur ia selalu melenting dan menunjukkan rasa besar diri, pantang ditegur dan tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh orang lain. Hati yang keras sentiasa mendorong untuk membuat maksiat dan kejahatan dan merasa mendorong untuk membuat maksiat dan kejahatan dam merasa berat untuk berzikir atau membaca Al-quran dan sangat malas untuk melaksanakan segala jenis ibadat yang diwajibkan Allah swt. Kalau masuk waktu sembahyang ia merasa terbeban dengan ibadat sembahyang itu bukan merasa bertuah kerana berpeluang untuk sekali lagi berhadapan dengan Allah swt. dan kalau sudah sembahyang, maka badannya sahaja yang sembahyang, sedangkan hatinya pergi merayau ke sana dan ke mari. Tetapi kalau mahu melihat suatu pertunjukan yang melalaikan daripada mengingati Allah swt. hatinya selalu terpanggil ke sana. Dia sanggup bersusah payah untuk sampai ke sana dan merasa ringan walaupun ia terpaksa untuk mengorbankan apa jua yang diperlukan asal sahaja maksud di hati dapat tercapai.

Thursday, January 17, 2013

KELEBIHAN MA’THURAT PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT 1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut... 2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani... 3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW)... 4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin... Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, isitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang2 mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuatu yang lebih bererti dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah... Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini bererti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk. Oleh sebab itu Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baiknya setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam. Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah.. Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari. Kelebihan membaca Al Mathurat: 1. Tidak dihampiri syaitan 2. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini. 3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat. 4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga. 5. Selamat dari segala sesuatu. 6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya. 7. Allah berhak untuk meredhainya 8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya. 9. Terhindar daripada syirik. 10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun. 11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang. 12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat. 13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi. 14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
sesungguhnya cabaran dan mehnah amtlah banyak serta bersimpang siur dalam usaha kita menegakkan kembali kegemilangan islam dalam zaman yang penuh dengan fahsya dan mungkar serta ledakan tamadun kebendaan yang mengusai kehidupan manusia seluruhnya. kita mungkin akan menemui manusia yang tidak suka dengan seruan kita atau kita mungkin akan merasa gundah gulana,bahkan kemungkinan satu ketika,kita mungkin akan merasakan begitu kecewa sehingga terdetik dikotak fikiran akan lari dari perjuangan yang kita sedang dokong ini,akibat tekanan yang saya sebutkan.