Wednesday, May 4, 2011

Assalamualaikum wbt.wrt.

Allah berfirman;

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.
Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.
Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji Islam bagi sesuatu perjuangan.
Dengan kesimpulan inilah maka kita, angkatan pemuda akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipat ganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu kita itu akan menjadi bertambah berat.
Oleh itu sepatutnya kita berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kita menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.
Sabda Nabi saw yang bermasud:
من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Sesiapa yang tidak menghiraukan urusan umat Islam maka dia bukanlah daripada mereka.

Tugas kita:

• Menceritakan hakikat Islam dengan jelas(teori).
• Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali).
• Menjadikan Al-Quran & Sunnah rujukan utama.
• Berjuang terus hingga mati.(Assyahid Hassan Banna,Ahmad Yasin,Syeikh Rantisi,Ayat Akrash,Ibrahim Libya dll.)
• Slogan kita : ‘Allah matlamat - Rasul Ikutan - Quran perlembagaan - Jihad jalan & Mati syahid cita-cita tertinggi’.
• Berkeyakinan diri ; kita adalah 'tuan' di bumi ini. Kemenangan adalah milik kita.

Titik kekuatan:

• Iman
• Ukhuwwah
• Zahir @ jasmani (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dsb dlm ertikata persiapan untuk berjihad @ berdakwah)


Program kita:

• Individu Muslim
• Rumahtangga Muslim
• Masyarakat Islam
• Kerajaan Islam-menjadikan al-quran & hadis sebagai landasan pemerintahan negara.
• Menawan balik negeri Islam yang dirampas-palestin & juga malaysia(dlm ertikata mengembalikan m’sia ke sistem Islam yg sebenar dan keluar dari belenggu jahiliyyah)
• Menjadi pemerintah dunia-ingat!kita pernah menguasai 2/3 dunia.
Lain-lain
• Kita akan capai antara 2 kebaikan: Menang atau Syahid.
• Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai (3:126)

Kesimpulan

• DAKWAH,DAULAH & TAMADUN , maka jadilah hadharah islamiyyah bukan Islam hadhari.
• Seorang lelaki pernah bertanya kepada Imam Ahmad bin Hambal,Apakah seseorang itu tetap bertahan terus sampai dia sempurna,kemudian baru mendakwahi manusia?Imam Ahmad menjawab: siapakah orang yang sempurna? Tetaplah berdakawah kepada manusia.

No comments:

Post a Comment