Sunday, February 6, 2011

biar jauh di mata dekat di hati

rabiul awal kini telah pun tiba,lembaran sirah rasulullah saw dibuka untuk mencari sinar cahaya buat menyuluh kehidupan yang sementara. samada sedar ataupu tidak sebenarnya setiap hari kita mendengar dan menyebut nama baginda.
rasulullah saw bukanlah tokoh biasa yang boleh dibandingkan dengan mana-mana tokoh di dunia ini. baginda adalah manusia cemerlang,gemilang dan terbilang yang dilahirkan Allah swt untuk menjadi contoh tauladan kepada seluruh umat manusia. maulana maududi pernah berkata " he is the only example where all excellences have been blanded into one pernonality".
baginda adalah pembawa rahmat dan penyelamat manusia daripada bahaya kesesatan di duhnia dan azab sengsara di akhirat.
malang sekali hari ini umat islam tidak bersungguh-sungguh untuk mempelajari sirah Rasulullah saw. sekadar mengetahui nama baginda sahaja,tetapi mereka buta sejarah dan sirah baginda. mereka lebih menganli artir popular dan bintang sukan berbanding rasul mereka sendiri yang akan memberi rahmat kepada mereka kelak di padang masyar.sepatutnya tujuan mempelajari sirah rasulullah adalah menjadikan baginda sebagai conoth tauladan lantas mempraktikkan ajaran baginda dalam segenap aspek kehidupan.sebalikny apa yang berlaku ialah umat hari lebih senang meniru cara hidup orang barat yang berunsurkan jahiliah,bertuhankan nafsu kebendaan semata-mata.

No comments:

Post a Comment