Wednesday, April 6, 2011

JIHAD


MUQADDIMAH

JIHAD adalah salah satu kewajipan yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. kepada umat Islam di dalam kehidupan dunia ini sebaris dengan kewajipan lain seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Apabila ditinjau di dalam al-Quran terdapat lebih dari 70 ayat yang membicarakan tentang jihad pada jalan Allah. Ini merupakan satu petanda yang mengisyaratkan kepada kepentingan jihad dan keutamaannya di sisi Islam sebagai salah satu paksi utama di dalam menegakkan agama Islam.
KONSEP JIHAD YANG SEBENAR
Setengah ulama’ menggariskan lima jenis jihad seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah, iaitu:

1. Jihad dengan ucapan.
2. Jihad dengan pendidikan (menuntut ilmu).
3. Jihad dengan kuasa pemerintahan.
4. Jihad dengan politik.
5. Jihad dengan harta benda.

Sehubungan dengan itu, konsep jihad di dalam Islam amat luas pengertiannya. Ianya bukan hanya sekadar berjuang di medan peperangan untuk menegakkan agama Allah semata-mata malah jihad juga merangkumi perjuangan menegakkan amar ma’ruf dan nahi munkar, jihad melawan nafsu, berjihad menyatakan kebenaran Islam, berjihad menghapuskan kezaliman dan penindasan, berjihad menentang musuh-musuh Islam dan sebagainya.

Pendek kata jihad dalam Islam meliputi segala usaha dan perjuangan yang menjuruskan kepada tertegaknya agama Allah S.W.T. sebagai teras utama yang mendasari kehidupan umat manusia sejagat. Perlu difahami bahawa konsep jihad juga ialah bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap perkara yang dapat meninggikan kalimat Allah S.W.T. dan agama-Nya. Ini bermakna kita mestilah membuktikan bahawa Islamlah yang paling mulia dan tinggi dari sekalian agama yang lain di dalam segala bidang.

Tidak diragukan lagi bahawa jihad yang muncul pada masa awal permulaan Islam di kota Mekkah ialah jihad berdakwah, mengajak orang musyrikin ke jalan yang benar dan memerintahkan mereka meninggalkan kebiasaan buruk mereka dengan mengikut kesesatan nenek moyang mereka. Juga termasuk dalam kategori jihad ini ialah kesabaran Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dalam mempertahankan akidah, kebenaran meskipun menghadapi pelbagai cabaran, hambatan yang berupa seksaan dan cemuhan.

Satu lagi jihad yang terpenting dalam period ini ialah kesunggguhan nabi dan para sahabatnya dalam mempelajari al-Quran dan menyingkap hukum-hukum dengan segala sesuatu yang terkandung di dalamnya dengan penuh teliti dan tekun.

Ibn Abbas menyebutkan berjihadlah pada jalan Allah dengan menggunakan al-Quran dan dalil-dalilnya dengan jihad yang besar. Jihad ini merupakan jihad yang besar dan merupakan inti dari perintah jihad itu sendiri. Kedudukan jihad sebegini mempunyai keistimewaan dan kemuliaan dibandingkan dengan jihad-jihad yang lain.

Jihad yang dilakukan oleh Rasulullah semasa di Mekkah ini bagaikan sebatang pohon yang kukuh sepanjang zaman. Sedangkan perang di jalan Allah diibaratkan sebagai cabang-cabangnya yang tumbuh berganti sesuai dengan musim yang dilaluinya.

Inilah hakikat jihad yang sebenar iaitu jihad dakwah mengajak manusia meng-Esa kan Allah. Ia bukan bermakna berperang atau bertempur di medan terbuka semata-mata seperti yang tersirat dalam fikiran sebahagian umat Islam kini.

JIHAD: BUKAN PERANG SEMATA-MATA

Masih banyak orang yang ketika dibacakan hadith nabi s.a.w. yang bermaksud : "Jihad yang paling utama adalah mengucapkan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim." (Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud, Turmizi dan Ibn Majah secara marfu'). Lantas mereka mentakwilkan hadith ini dengan perintah untuk melaksanakan perang.

Tidak terlintas dalam fikiran mereka "kalimah yang benar” (kalimah haq) dalam hadith tersebut kecuali mereka ertikan dengan perang dan pertempuran. Sedangkan maksud yang sebenarnya dari hadith tersebut adalah agar dalam memberi peringatan kepada para penguasa yang zalim hendaklah dengan cara bertutur dengan bahasa yang halus dan benar, jauh dari kata-kata kotor ,mengumpat dan memaki.

Perintah untuk berperang baru datang setelah nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah dan dakwah pada masa itu telah diatur oleh satu negara yang dipimpin oleh Rasulullah. Hal itu juga berkaitan untuk memelihara masyarakat Islam yang semakin berkembang dan menjaga negara dari segala bentuk pencerobohan.

Oleh itu, menjadi kewajipan setiap muslim untuk berjihad secara menyeluruh dengan dimulai dengan menerapkan pokok jihad yang utama iaitu jihad berdakwah, mengenal Tuhan dalam diri kita, keluarga dan masyarakat. Kemudian barulah dilanjutkan dengan cabang-cabang jihad yang lain sesuai dengan perkembangan masyarakat dan zaman.

Oleh itu, usaha untuk mengenal Islam, ilmu-ilmu yang berhubungan dengan Islam dan berdakwah kepada agama Islam merupakan rukun pertama dalam berjihad. Perkara yang perlu diketahui dari hakikat jihad yang pertama ini ialah bahawa jihad ini merupakan sebahagian dari kewajipan umat Islam untuk menyampaikan agama Islam kepada orang lain. Kewajipan menyampaikan jihad dakwah ini merupakan kewajipan setiap individu muslim tanpa menunggu kebenaran keizinan ketua sepertimana terjadi dalam peperangan.

JIHAD DALAM BERDAKWAH: CARA DAN PERLAKSANAAN

Jihad dalam berdakwah mestilah dilakukan dengan cara halus, tidak dengan kasar. Seorang pendakwah tidak diperkenankan berdakwah dengan menggunakan cara-cara yang kasar, keras dan paksaan. Ini kerana dakwah kepada Allah dalam erti globalnya adalah memenuhi kewajipan Allah kepada hambaNya untuk saling membantu dalam kebaikan dan ketakwaan. Firman Allah yang bermaksud : " Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaNya ,” (al-Maidah, ayat 2)

Firman Allah yang bermaksud : " Jika kamu berpaling maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajipan rasul kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang." (al-Maidah, ayat 92)

Ayat ini diturunkan di Madinah setelah turunnya kewajipan untuk berjihad dengan berperang. Ertinya, dalam apa jua keadaan dan masapun kewajipan dakwah tidak berubah, iaitu dilakukan dengan cara halus dan damai, tidak dengan cara kekerasan.

Seorang pendakwah adalah seorang yang berusaha untuk merealisasikan tertanamnya hidayah dalam setiap individu muslim dan manusia keseluruhannya. Di samping itu, seluruh kegiatannya harus disertai dengan kegigihan dan kesabaran yang tinggi. Demi untuk kejayaan dakwah itu, pendakwah perlu menunjukkan contoh teladan yang baik, berbudi pekerti dan berakhlak mulia dalam interaksinya bersama semua lapisan masyarakat. Namun kita dapati juga ada yang terjun dalam dunia pergerakan Islam dan parti tertentu yang memperjuangkan matlamat masing-masing.

Mereka ini saling berlumba dengan mengagungkan parti dan kelompok masing-masing demi merebut populariti, kerusi dan kedudukan. Dan untuk mencapai apa yang mereka inginkan itu mereka satu sama lain saling menjatuhkan. Jika demikian berlaku,bagaimana mereka hendak mempersiapkan diri untuk melakukan dakwah dan bagaiman mereka mampu untuk merebut hati masyarakat sedangkan mereka sendiri tidak mampu mengendalikan diri sendiri dengan sempurna. Jika para pendakwah kita bersifat demikian, saya yakin dakwah kita tidak akan berjaya. Saya juga tidak yakin mereka lakukan semua itu dengan penuh keikhlasan.

Faktor kejayaan dakwah yang dimaksudkan adalah agar seorang pendakwah memiliki rasa cinta kepada mad'unya. Bagi seorang pendakwah, hatinya selalu diliputi dengan perasaan kasih sayang kepada seluruh manusia yang berbeza-beza agama, aliran pemikiran, adat kebiasaan dan perbezaan-perbezaan yang lain. Perkara ini dapat direalisasikan sekiranya seorang pendakwah dapat mengorbankan kepentingan duniawi demi kebaikan masyarakat disekelilingnya. Inilah hakikat dakwah Islam sebagai pembawa rahmat kepada seluruh manusia dan alam.

Firman Allah yang bermaksud : " Dan tidaklah kami mengutuskan kamu melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam." (al-Anbiya',ayat 107) Sabda Rasulullah yan bermaksud : "Orang-orang penyayang akan disayangi Allah, maka sayangilah orang-orang yang ada di bumi, maka kamu akan disayangi orang-orang yang ada di langit."

Dalam kitab sirah disebutkan bahawa Rasulullah sentiasa berdoa kepada seluruh golongan manusia sama aada muslim atau bukan Islam agar mereka mendapatkan rahmat, pengampunan dan hidayat dari Allah. Nabi s.a.w. tidak pernah berdoa untuk musyrikin kecuali doa-doa kebaikan. Selama beberapa tahun di Mekah, beliau tidak pernah menggerakkan lisan baginda untuk mendoakan dengan doa-doa yang buruk.

Jihad melalui dakwah itu bukti di atas keimanan. Ia sentiasa mempunyai perasaan cinta kepada Allah dan rasul-Nya. Alamat kecintaan itu ditonjolkan dengan berjihad pada jalan-Nya dan berdakwah kepada agama-Nya dan melindungi orang-orang yang beriman. Oleh itu, sesiapa yang tidak mengetahui hakikat dari dakwah dan jihad ini, maka mereka akan melakukan dakwah, namun pada hakikat itu bukan makna dakwah yang sebenar dan begitu juga mereka akan melakukan jihad namun apa yang mereka lakukan itu bukanlah erti jihad yang sebenar.

Jelaslah kepada kita bahawa jihad dakwah dapat dilakukan dengan cara-cara halus tanpa menggunakan kekerasan dan paksaan, didasarkan pada kasih sayang, rahmat serta sabar dalam menghadapi ujian dan mehnah hidup. Oleh itu, dakwah dengan mengajak manusia kepada agama Allah, menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dengan berterusan merupakan jihad yang agung dan dapat membangunkan masyarakat Islam ke arah umat yang terbaik dalam memimpin tamadun manuia pada masa akan datang.
saat penulis sedang praktikal perbicaraan kes zina di kampus UIN Jakarta. perjalanan kes yang cukup mencabar mental dalam memastikan perjalanan kes tersebut berjalan dengan lancar.
PERSPEKTIF CINTA DALAM ISLAM


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الواحد الأحد الفرد الصمد الذى لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا أحد أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير.وأشهد أن محمد عبده ورسوله أرسله الله بشيرا ونزيرا بين يدى الساعة فاد الأمانة وبلغ الرسالة ونصح الأمة وجاهد فى الله حق جهاده.الصلاة والسلام على حبيبنا وشفيعنا وزخرنا محمد بن عبد الله إمام المتقين وقائد الدعاة المجاهدين وعلى آله وصحبه ومن سار على هدية إلى يوم الدين.

أما بعد :
قال الله تعالى : واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا واذكروا نعمة الله عليكم إذ كنتم أعداء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا.

(آل عمران : 153)

MUQADDIMAH

Kewujudan manusia merupakan keunikan alam anugerah Allah. Komunikasi antara mereka memperlengkapkan survival sebuah kehidupan, manakala hubungan raya manusia dan penciptanya pula menempah kejayaan hakiki. Manusia memiliki fitarah kejadian yang seni dan agung jua sebagai pembalut naluri yang berfungsi untuk membina kestabilan asas keinsanan seorang manusia.

Cinta menepati satu angka perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan membantutkan tumbesar manusia.

Kesenian cinta yang didasari runtutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsai keghairahan nafsu dan kebejadan iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
من سره أن يجد حلاوة الإيمان فليجب المرء لا يجبه إلا الله عزوجل . (رواه أحمد والحاكم)

Permasalahan cinta antara yang dihadapi secara serius oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah memapah umat Islam ke medan pertembungan yang memusnahkan etika spritual-membunuh solidariti dan menodai sosial.

Individu mukmin sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta yang mengenai jiwa. Cinta yang berlogikkan nafsu dan syahwat hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan dihina.

Firman Allah SWT :

- Surah Shad ayat : 26 –

Firman Allah SWT :

- Surah Yusoff ayat : 30 –


Cinta yang dinaungi kesucian fitrah dan berpandukan akidah Islamiah ialah cinta hakiki yang membina realiti kemakmuran dan mengundang keampunan Allah.

Firman Allah SWT :

- Surah Ali Imran ayat : 31 –


1. CINTA DI PENYATA WAHYU

Menelusuri cinta bahagia dan hakiki sayugianya melangkah melalui lebuh
raya yang luas terbentang menuju penyata Ilahi. Sebarang lorong dan alur rentas yang tidak menuju Irsyadur Rabbani hanyalah mempertemukan cinta dan nafsu dalam serkap yang gelita.

Firman Allah SWT :

- Surah Al-Jasyiyah ayat : 18 –

Melalui penyata yang juga merupakan surat kiriman dari Allah tertera mengenai
cinta.

a) Cinta kehadrat Ilahi.

Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui skil
cinta murni kehadrat Ilahi. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan ia menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah.
(أول الدين معرفة الله ).

Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab
pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap. Firman Allah SWT :

- Surah Al-baqarah ayat : 165 –

Meletakkan diri dalam zumrah orang-orang yang menyintai Allah mestilah
bertindak penuh dengan mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya.Firman Allah SWT :

- Surah Al-Kahfi ayat : 11 –

Pencinta Allah adalah pemilik iman yang komited merangkap pejuang yang
dinamis.Mereka menanggapi kewujudan Allah sebagai Qadhi Rabbul Jalil yang tiada tandingan.
Firman Allah SWT :

- Surah Al-Maidah ayat : 50 –
- Surah an-Nisa’ ayat : 124 –

Merekalah tentera Allah yang aktif dan terpilih untuk bertugas gigih bagi
memastikan agama tertegak di muka bumi ini,pula layak menyandang pingat kejayan sejati.

- Surah Al-Maidah ayat : 54 –

Individu mukmin dalam memburu kesempurnaan ibadat dan kejayaan perjuangan sepastinya merangkul erat nilai cinta kepada Allah.

1. تقرب إلى الله
2. مراقبة الله
3. جهاد فى سبيل الله

Kecintaan kepada Allah antara semboyan untuk mengundang nusrah dan cinta
Allah sedangkan nusrah dan cinta Allah pula menjadi saranan terpenting yang digunakan untuk menjamin keistiqomahan dan kekuatan dalam menghadapi konspirasi musuh-musuh Allah .

Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya. Menjelaskan tentang nilai cinta Allah telah berkata :

العلامة أبو يزيد البسطامى : ليس العجب من حبى لك وأنا عبد فقير إنما العجب من حبك لى وأنت ملك قدير
ترجمة فى الطبقات الكبرى 1/65)

b) Kecintaan kepada Rasul

Perutusan duta besar المصطفى ملعم adalah pemegang mohor yang maha Agung
untuk menguruskan dan mengendalikan titah perintah عزوجل sehingga terlaksana pengabdian diri kepada Allah dan pembenterasan الطواغيت
Firman Allah SWT :

- Surah An-Nahl ayat : 36 –

Justeru itu menjadi hak mutlak bagi Baginda Rasul saw bahawa ia semestinya
dicintai lantaran Baginda telah berselut lumpur menghidupkan obor diri sekaligus menyungkurkan puak jahili.


Menyintai Baginda Rasul saw bererti memberi syahadah dan ikatan bai’ah demi perlaksanaan syariat Allah SWT.Firman Allah SWT :

- Surah Al-Hasyar ayat : 7 –

Realiti cinta kepada Saiyidil Mursalin saw mampu menghadirkan cinta Allah
sebagai satu gandingan cinta sejagat. Cinta inilah yang berenergy tinggi ke lokasi tenang dan bahagia serta penyelamat dari sentuhan azab.Firman Allah SWT :

- Surah At-Taubah ayat : 24 –

c) Cinta mukmin

Interaksi cinta sesama mukmin antara pembuluh yang menyalurkan ‘Izzah dan
Himmah Ummah Muhammadiah. Keprihatinan Islam mengorientasi ummah berkombinasi dan bersepadu adalah melalui perlaksanaan program ukhuwwah Addiniah yang bercagarkan percintaan sesama insan.Abu Al A’la Al Maududi dalam risalahnya (تيف السبيل إلى وحدة الأمة الإسلامية ) telah merakamkan :

لست مبالغا فيما أقول أنه لا توجد نظرية لا فى لقديم ولا فى الحديث توجد الإنسانية وتصلح أساسا للدولة العالمية إلا نظرية الإسلام والإسلام فقط هذه هى منهجية الوحيدة التى باستطاعتها أن تجمع بين الناس جميعا وتجعل منهم عائلة واحدة يتكون منها مجتمع عالمى و تنشاء عليها دولة عالمية.

Jalinan erat hati dan tenaga sesama mukmin,menyuburkan semangat تناصر dalam pembinaan akidah yang mantap,sosial yang sihat dan kekuatan tenaga yang ampuh.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا ولا تدابروا ولا بيع بعضكم على بيع بعض وكونوا عباد الله إخوانا المسلم أخو المسلم لا يظلم ولا يخذله ولا يحقره التقوى ها هنا ويشير إلى صدره ثلاث مرات ( أخرجه المسلم )

Akidah yang mantap, sosial yang sihat dan kekuatan yang ampuh merupakan senjata serampang tiga yang efektif untuk menggempur elemen jahiliyyah dan menangani manipulasi Al-Ahzab moden. Berlangsungnya pembelengguan dan penjajahan ummah kini lantaran ketandusan cinta dan kegersangan kasih sayang. Dunia kini merintih kehausan عدالة – سعادة – ومحبة angkara retaknya solidariti ummah.lantas itulah Allah berfirman :
واعتصموا بحبل الله جميعا و لا تفرقوا واذكروا نعمة الله عليكم……..


- Surah Ali Imran ayat :




3. NILAI CINTA MURNI

رابطة العقيدة
- Surah At-Taubah ayat : 11 –

سعادة البشرية
- Surah Al-Hijr ayat : 45-48 –

إصلاح المجتمع
- Surah Al-Hujurat ayat : 10 –

أخوة الرفيقة
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
والذى نفس بيده لا يؤمن عبد حتى يحب لجاره –أو قال – لأخيه ما يحب لنفسه.
(أخرجه البخارى – فتح البارى 13)
رفع العذاب
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
سبعة يظلمهم الله فى ظلله يوم لا ظل إلا ظله (ومنهم) رجلان تحابا فى الله اجتمعا عليه وتفرق عليه (متفق عليه)

Integrasi Cinta Mukmin dengan Gerakan Islam.

Cinta mukmin antara prioriti pelengkap gerakan Islam yang berwibawa.Du’at yang berkasih sayang sebagai tenaga dinamis membina keutuhan tanzim sementara budaya التواص بالحق والصبر beroperasi lancar diatas sama cinta sedangkan ia adalah sumber kekuatan dalaman.
Persefahaman (تفاهم ) pengorbanan (تضحية ) dan persaudaraan (الأخوة ) pula merupakan Intisari Cinta Mukmin.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
ترى المؤمن فى تراحمهم وتوارحم وتعاطفهم كمثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر جسده بالسهتر والحمى.

Al Imam Hassan al Banna dalam kitabnya (أحاديث الجمعة ) ketika menafsirkan Islam menyentuh perihal ukhuwwah Islamiyyah.
( إن الإسلام عقيدة وجنسية ليست جنسية الدم والأرض ولكنها جنسية الأخوة والروح وهى أقوى وأفضل)

Baginda Rasulullah saw di ambang pembentukan daulah Islamiyah Al Fadhilah terlebih dahulu mempersaudarakan al Muhajirin dan al Ansar agar mereka saling cinta-mencintai diantara satu sama lain sebagai asas للتناصر فى بناء الدولة .

d) Cinta Dunia
Terpesona dan ghairah terhadap sandiwara dunia mencacatkan kredibiliti
ummah malah menyemarakkan barah الوهن .Baginda Rasulullah saw ketika ditanya :

ما الوهن يا رسول الله ؟ قال رسوا الله صلى الله عليه وسلم : حب الدنيا وكراهية الموت.
- Surah Al-hadid ayat : 20 -

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : تعس عبد الدنيا وتعس عبد الدرهم وتعس عبد الخميصة (رواه البخارى)

Kehancuran dunia hari ini berpunca dari kerakusan dan sikap tamak haloba sesetengah pihak memboloti kemewahan dunia.Masalah penghakisan tanah,kepupusan hidupan liar,ketipisan lapisan ozon adalah antara permasalahan yang mengancam kestabilan dunia antara tindakan mereka.

- Surah Ar-Rum ayat : 41 –

Cinta dunia menjadi satu vacum yang membekukan daya juang dan kepekaan ummah terhadap rentak tari musuh.Faktor ini mengekalkan ummah di paras الدونية seterusnya menggagalkan strategi pembinaan
الخلافة الإسلامية. Sementara pelupusan iman,taqwa,tawakkal dan tawadhu’ yang mengakibatkan keonaran sosial juga bertunas cambah dari sentimen mata dunia yang tidak berkesudahan.


ANASIR CINTA DUNIA

Cinta harta
Cinta pangkat dan kedudukan
Cinta keturunan (Asobiyah)
Cinta nafsu

CINTA MUDA MUDI (REMAJA) :PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN

Mengharungi pasca moden mencetus komunikasi berani antara manusia. Sopan susila, adat budaya, adab bangsa kian diketepikan. Susila barat, budaya hippies dan adat rimba dibangga-banggakan sebagai trend dunia kini.

Muda mudi adalah agen yang terlalu ketara membantu penguatkuasaan gejala keruntuhan moral. Pergaulan bebas menjadi slogan perjuangan mereka.Hidup mereka hanyut ke tengah gelombang ganas yang membunuh akidah. Realiti ini suatu tragedi yang mencuit perasaan.

Cinta di kalangan muda-mudi turut tercemar oleh wabak jijik yang bermaharajalela. Seringkali percintaan antara mereka berakhir dengan kekecewaan dan maksiat yang keji.

a) REALITI SEBUAH TRAGEDI

Asy Syauqi bersyair :
نظرة فابتسامة فسلام # فكلام فموعد فلقاء
وقال الشاعر : وما الحب إلا نظرة أثرة نظرة # تزيد نموا إن تزيده لجاجا

1. Main mata sebagai agenda pertama dalam aksi mengorat.sekiranya ada respon, pasangan semakin berani bertindak.
2. Bersahut suara dan saling hubung menghubungi melalui surat,telefon dan sebagainya. Kesempatan ini akan digunakan oleh kedua-dua pihak untuk berbuat sesuatu agar hubungan semakin erat termasuk penggunaan mentera.
3. Merancang pertemuan (dating) di tempat-tempat umum untuk meluahkan perasaan masing-masing. Bungaan ayat dihamburkan demi memaut hati pasangan.
Contoh :
i lautan api sanggup kuharungi.
ii kalau tak percaya belahlah dada.
iii Berkorban apa saja,sanggup sehidup semati

4. Tatkala kemesraan kian bersemi pasangan bercinta teramat sukar untuk ‘tidak menyentuh’ antara satu sama lain.Tindikan minima, mereka akan bersentuhan bahu dan berpegangan tangan ketika berjalan.Tindakan mereka lebih berani apabila beraksi ditempat sunyi seperti kelab istirehat, di tepi pantai dan seumpamanya.

الإلتزام بجماعة المسلمون
- Al-Anfal ayat : 46 –

تكوين البنة الصالحة
- Ali-‘Imran ayat : 115 –

أشراف الزواج
عن عبد الله بن مسعود قال : قال لنا رسول الله صلى الله عليه وسلم يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه اغض للبصر وأحسن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء. (رواه البخارى والمسلم)

Agenda yang membantu
- Menggunakan institusi orang tengah
- Menubuhkan unit Taqdim.

3. CINTA SELEPAS BERKAHWIN

Cinta bersemarak dengan nilai yang suci murni dari noda dan dosa akan menumbuhkan kebahagiaan dan kepuasaan yang hakiki. Cinta sebelum perkahwinaan adalah dengusan perasaan yang sering membawa imej yang pura-pura dan keterlaluan. Luahan perasaan dan rengekan suara antara pasangan yang belum halal hanyalah membentuk cinta bernoda dan sering dikuasai oleh helah syaitan. Sungguh pun batas syariat cuba dipelihara namun menjadi suatu hal yang dibimbangi apabila berlangsung hubungan antara dua pasangan yang bukan muhram.

Sikap merahsiakan perhubungan antara pasangan bukan muhram ini antara api syubhat yang bakal hangus benteng syariat antara mereka.

Cinta diperingkat ini juga memberi kesan negatif kepada psikologi individu yang terlibat lantaran angan-angan dan khayalan yang sering menghantuinya.

Perkahwinan sebagai satu penyelesaian kepada konflik ‘Cinta Lutong’ ini. Ianya akan mengajar erti realiti sebuah cinta. Cinta sejati adalah kemuncak rasa yang sukar dicapai. Pengorbanan dan ketabahan sebagai modal pokok ke arah pencapaiannya.

Merentasi cabaran dan menyelami perasaan masing-masing (antara kedua-dua pasangan) akan menjelaskan nilai cinta murni yang suci dari penipuan dan khayalan bahkan penuh keinsafan dan tanggungjawab.

4.TIPS CINTA UNTUK KEBAHAGIAAN BAIT MUSLIM

Pendakian puncak ustaziatul alam mestilah melalui beberapa marhalah dan aqabah.Bait muslim sebagai marhalah kedua merupakan aqabah yang sukar di daki dengan penuh jaya dan gemilang.Ketabahan,kesabaran dan kebijaksanaan antara prinsip untuk berjaya.
Seringkali isu ‘Kegagalan Rumah Tangga’ diperkatakan sehingga ia memberi kesan buruk kepada pasangan yang akan berkahwin. Fenomena ini dapat disaksikan di negara-negara barat apabila muda-mudi bosan dengan perkahwianan lantas mengamalkan ‘free sex’.
Rumahtangga yang berjaya ialah yang memiliki suasana asas sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam firman-Nya :

- Ar-Rum ayat : 21 –

4.1 TIPS CINTA UNTUK SUAMI

- Bersikap baik dan lembut dengan isteri.
- Menjaga kehormatan rumahtangga.
- Jangan sekali-kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik.
- Bersabar dengan karenah isteri.
- Mengandalikan nafkah dengan baik.
- Bergurau senda dengan isteri dan anak.
- Membantu tugas-tugas isteri dirumah.


4.2 TIPS CINTA UNTUK ISTERI

- Berterima kasih di atas pemberian suami.
- Segera memenuhi permintaan suami.
- Bertindak diatas keizinan suami–jangan sekali-kali mengangkat suara.
- Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri.
- Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi.
- Jaga hartanya dengan sebaik-baik tadbir.
- Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu darinya.
- Membantu urusan perjuangannya.
- Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami.
- Berlembut apabila di marahi dan senyum apabila digembirakan.

4.3 TIPS CINTA UNTUK KEDUA SUAMI ISTERI

- Persefahaman.
- Ta’awun.
- Tasamuh
- Wujud suasana romantis.
- Atasi bebanan kerja
- Kepuasan seks.
- Elakkan sikap mengkritik pasangan.
- Saling percaya mempercayai di antara satu sama lain.

PENUTUP

Hidup manusia menjadi pasif tanpa cinta bahkan bertaraf durjana tatkala tiada nilai cinta rabbani yang menjadi asas pergerakan manusia membebaskan diri daripada kepungan api neraka Allah. Justeru itu cinta harus dipertemukan dengan fitrah demi kesejagatan Al-Hayah anugerah Allah.
Manusia wajib mencintai Allah, Rasul sesama mukmin sebagai teras pembinaan daulah Islamiah Al-Fadhilah. Tanpa cinta berperspektif Islam dunia akan binasa dan musnah dek kemarau Nusrah dan Hidayah Ilahi serta permusuhan manusia yang berpanjangan.

Nilai cintalah,ummat menjadi satu dan ‘izzah menjadi milik mereka.

Firman Allah SWT :

- Ali-‘Imran ayat : 103 –

Tuesday, April 5, 2011

Adab-adab orang berilmu

Kitab SAIRUS SALIKIN karangan Syaikh Abdusshomad al-Falimbani yang TUAN GURU SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-MALIKI AN-NADAWI.

kitab Ini Syaikh Abdusshomad al-Falimbani telah mengajar kita bahawa guru juga perlu beradab dengan anak murid. Masyallah, sekira semua manusia beradab, bertolak ansur, tidak korup dalam peradaban pastilah kita yakini dunia ini akan aman damai. Apakan daya , manusia yang tidak beradab tetap akan lahir. Ini lah Islam yang selama-lamanya mengajar kita tentang peradaban. Malah nilai budi Islami itu sendiri telah membumi di dalam budaya melayu sehingga lahir ungkapan .

"Yang muda menghormati yang tua, Yang tua mengasihi yang muda". Indah bukan .

Ketika awal pengajian didalam bab awal kitab ini. Aku berfikir, Ohh..alangkah baiknya andai dapat aku modulkan bab ini untuk disebarkan. Insyallah. Mungkin ada pembaca yang membaca entry ini dapat mengolahnya dalam bentuk modul turut aku alu-alukan. Boleh kita berkongsi Ilmu.

Adab orang yang alim yang mengajar akan ilmu ada 17 perkara:

1. Ihtimal, yakni guru perlu menanggung atau menerima pertanyaan dan pekerjaan daripada muridnya yang mana hal ini dapat menyusahkannya. hendaklah ia bersifat sabar.
"Maknanya disini guru perlu menanggung setiap pertanyaan dan pekerjaan. Meskipun hal ini kemudiannya akan menyusahkan dia. Contohnya..mungkin ada soalan yang tidak mampu dijawab oleh guru yang akan menyebabkan guru perlu balik mengulangkaji. Inilah adabnya. Jika guru yang tidak mengendahkan hal ini, guru tersebut akan mengabaikan pertanyaan anak muridnya itu. Guru maknnya telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai guru".

2. Luzumul Hilm. sayugialah orang alim itu bersikap tidak lekas marah.
" Marah penting, tetapi lazimkan dengan sifat Hilm..lemah lembut, sabar ".

3. Duduk dengan Haibah atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.
"Guru perlu mejaga haibahnya sebagi guru. Tarafnya sebagai guru adalah perlu guru menjaga taraf kemuliaannya. Ertinya, guru adalah contoh ikutan, oleh yang demikian
guru tidak boleh tidak perlu menajaga lebih akan tingkah lakunya".

4. Jangan membesarkan dirinya atas segala hamba Allah melainkan atas orang yang zalim kerana menegah ia akan zalimnya.
"Adab ini meneutralkan adab yang ketiga tadi. Menjaga kemuliaan adalah berbeza dengan perasaan ujub,riak dan takbur. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa rasa bersyukur dengan kelebihan ilmu yang sebenarnya hanya datang daripada Allah SWT Yang Maha Mengetahui."

5. Sentiasa memilih sifat Tawadu` ketika diperhimpuan atau dihadapan orang ramai.

6. Jangan bergurau-gurau dan bermain-main pada perhimpunan orang banyak.

7. Sentiasa berperasaan kasih sayang dan berpelakuan lemah lembut terhadap pekerjaan dan perkataannya terhadap muridnya, Hendaklah ia memperlakukan anak muridnya seperti anaknya sendiri.
"Masyaallah, As-Syeikh Abdusshomad al-Falimbani memeberiak perumpamaan kasih sayang diantara guru dengan murid dengan jalinan anak dan ayah atau ibu. Perumpamaan ini amat tepat sekali. Mengapa tepat.? sebagai contoh . Seorang ibu melihat anaknya keletihan setelaah pulang daripada berkemah. Anaknya tadi baru pulang ke rumah pada pukul 3 pagi. Adakah benar kasih sayang seorang ibu yang membiuarkan anaknya yang keletihan itu tidak solat subuh kearana keletihan atau dikejutkan juga kerana terlebih kasih akan anaknya kerana tidak mahu melihat anaknya dihumban ke dalam api neraka?. Beguitulah juga guru. Marah, rotan dan sukanya adalah berasaskan kasih sayang yang benar".

8. Menanti dan memeriksa dengan perlahan-lahan atas pertanyaan orang yang bebal dan dungu serta memperbetulkan merereka. Tetap bersabar melayan anak murid yang dungu dan bebal.
"Bagi yang bukan guru mungkin kita tidak faham mengapa ada orang bebal dan dungu. Dua hal ini bukanlah kekurangan , namun ia adalah cabaran bagi guru untuk menahan kesabaran dan kesungguhanya."

9. Jangan ia meminta upah atas mengajarnya itu tetapi hendaklah qasad mengajarnya itu klerana Allah SWT.

10. Seorang guru perlu berani mengatakan "Aku tidak tahu" sekiranya benar-benar tidak ahu. Ini dapat mengelakkan kesesatan dan kecelakaan yang besar.

11. Hendaklah seorang guru bersungguh-sungguh ia terhadap orang yang bertanyakan masalah.

12. Menerima dalil yang membenarkan orang lain walaupun dalil itu datang daripada anak muridnya. Janagn ditolak dalil itu hanya kerana malu dia terhadap orang banyak.

13. Mengikut kepada yang benar dan kembali jika tersalah.

14. Guru perlu menegah orang belajar ilmu yang membawa mudarat.

15. Guru perlu menegah orang bekajar qasadnya (niatnya) bukan kerana Allah SWT. Guru perlu menyuruh orang yang belajar ilmu kerana Allah SWT.

16. Guru perlu menegah orang belajar ilmu kifayah selagi seseorang itu tidak selesai Ilmu fardhu Ain.

17. Hendaklah guru itu mengamalkan akan ilmunya supaya diikuti oleh orang akan amal dan perkataannya.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat oleh kita semua. Tulisan diatas dimudahkan dan dan disunting serta penambahan bagi contoh-contoh dan huraian. untuk rujukan yang jelas sila berguru dan membaca kitab ini.


Rujukan:
Kitab Sairus-Salikin (Perjalan orang-orang yang salih kepada Allah)
SASARAN DAKWAH

MUQADDIMAH

Sasaran dakwah adalah di antara beberapa siri tajuk yang amat penting untuk diperbincangkan terutamanya di kalangan ahli gerakan Islam.
Ini kerana mereka bertanggungjawab untuk mengatur strategi dan menyusun perancangan bagi memastikan target group yang disasarkan dapat dihampiri seterusnya diberikan asas kefahaman Islam yang sebenarnya.
Apabila seseorang itu menyebut perkataan dakwah paling kurang ia akan bertemu dengan tajuk-tajuk kecil ke arah pemahaman konsep dakwah, tajuk-tajuk itu ialah pendokong dakwah, orang-orang yang diseru kepada dakwah, cara-cara menyampaikan dakwah, jalan dakwah dan sebagainya.
Fokus kita kali ini ialah orang-orang yang menjadi sasaran dakwah (mad’u). Sebelum kita bincang lebih jauh mengenai golongan-golongan mad’u yang disenaraikan sasaran dakwah, mari kita lihat sejenak hak-hak penerima dakwah.
Di antara hak-hak penerima dakwah ialah agar mereka ditemui dan diajak kepada Islam iaitu pendakwah harus keluar menemui dan menyerunya ke jalan Allah. Dengan kata lain amat tidak patut seseorang pendakwah hanya tinggal diam atau hanya menanti kedatangan mereka di rumah.
Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. sendiri keluar menemui kaum Quraisy, keluar menemui ketua-ketua kabilah di Makkah yang keluar pada musim haji dan baginda juga keluar berdakwah ke Taif.
JANGAN MEMANDANG RENDAH PARA MAD’U
Juru dakwah tidak boleh memandang remeh atau menganggap hina kepada orang yang diseru kerana tugasnya hanya menyeru dan mengajak.Namun kadang-kadang atas dorongan emosi juru dakwah tidak mampu sehingga menyebabkan mereka merasa diri mereka lebih banyak berkhidmat kepada Islam dan meremehkan orang lain.
Penerima dakwah Islam secara umumnya ialah seluruh umat manusia kerana agama Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah agama yang terakhir dan bersifat universal tanpa mengira jantina, darjat keturunan, sempadan kedaerahan, pekerjaan, warna kulit dan sebagainya. Contoh ini telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti berikut:
a)Dakwah kepada Abu Bakar yang berbangsa Arab
b)Dakwah kepada Bilal yang berbangsa Negro
c)Dakwah kepada Suhaib yang berbangsa Rumawi
d)Dakwah kepada Salman yang berbangsa Parsi
e)Dakwah kepada Khadijah dari kalangan kaum perempuan
f)Dakwah kepada Ali dari kalangan kanak-kanak
g)Dakwah kepada Uthman dari golongan hartawan
h)Dakwah kepada Ammar dari golongan miskin

SASARAN DAKWAH

Secara khususnya sasaran dakwah dapat dibahagikan kepada empat golongan:
1. Golongan Al-Malak
Iaitu golongan yang mempunyai kelebihan dari segi kebendaan yang mana mereka ini agak sukar untuk menerima seruan dakwah
2. Golongan Al-Jumhur
Golongan ini lebih cepat menerima Islam berbanding dengan golongan al-malak kerana mereka tidak mempunyai sifat-sifat seperti cinta kepada keduniaan dan kekuasaan yang akan menimbulkan sikap sombong sebagaimana golongan al-malak
3. Golongan Munafik
Golongan ini mula muncul di Madinah.Mereka ini lebih jahat daripada orang-orang kafir dan diumpamakan sebagai musuh dalam selimut yang berpura-pura menyatakan keimanan tetapi bersikap memusuhi Islam seperti menghasut kaum muslimin mengajak meninggalkan jihad dan berpakat dengan kaum musyrikin menghancurkan Islam.
4. Orang-orang yang membuat maksiat (al-‘asi)
Mereka ini ialah orang-orang yang beriman dan bersyahadah namun tidak menunaikan isi dan jiwa syahadah yang dituturkannya. Tingkatan maksiat yang dilakukan berbeza samada banyak atau sedikit sebagaimana Bani Adam tidak pernah sunyi daripada membuat silap. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang mensucikan jiwanya.
SIKAP PENDAKWAH TERHADAP GOLONGAN AL-‘ASI
Setiap pendakwah perlu memandang padanya dengan perasaan belas kasihan. Mereka perlu melihatnya seperti orang berada di pinggir jurang yang dalam dan gelap gelita.
Mereka juga perlu melihatnya dengan perasaan yang terdorong untuk menyelamatkannya dari kebinasaan itu.
TAKTIK DAN STRATEGI
Apabila membicarakan taktik dan strategi dakwah kita sebenarnya memberi keutamaan kepada orang-orang yang belum Islam khususnya orang-orang Cina kalau dalam konteks Malaysia kerana bilangan mereka yang ramai dan mereka jugalah yang menguasai ekonomi dan juga kemahiran dalam segala lapangan.
Masa depan negara ini dan masa depan negara kita bergantung kepada sejauh mana kita dapat mempertahankan kekuatan politik yang ada di tangan kita sekarang. Kita tidak boleh bergantung kepada UMNO kerana UMNO banyak membuat kesilapan politik yang terpaksa kita tanggung bersama.
Cara paling baik dalam gerakan dakwah kita ialah memahamkan orang-orang Cina di Malaysia dengan kerjasama orang-orang Cina Muslim di negara China.
Inilah sasaran dakwah yang perlu diberi keutamaan. Bukan lagi kepada orang-orang UMNO dan Melayu di atas pagar kerana mereka ini hanya cukup sekadar kita memberi peringatan, tunjuk ajar dan bimbingan agar mereka bersemangat Islam.

PENUTUP
Sekali lagi kita mengharapkan agar PAS mengutamakan dakwah kepada orang-orang belum Islam. Jika ini yang kita usahakan barulah bertepatan dengan pengertian dakwah yang sebenar.
Semoga kita berjaya memilih sasaran yang tepat dengan itu kita akan lebih bersemangat untuk berdakwah kerana di sana ada jaminan Allah yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

saat kakiku di lapangan terbang sukarno hatta,melangkah pulang setelah selesai pengajianku di jakarta. tak sabar rasanya untuk bertemu dengan keluargaku.